Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Coronavirus: WHO Isytihar Darurat...

BEIJING/GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan coronavirus yang telah mengakibatkan kematian...

Myanmar Tahan Warga NZ...

YANGON – Gara-gara terlalu kreatif, seorang pengurus bar warga New Zealand dan dua...

Kanak-Kanak Untuk Dijual Kejutkan...

`Kanak-kanak untuk dijual’ . Mengejutkan tetapi ia telah diiklan oleh ibu kanak-kanak berkenaan...

PICKids Di Pulau Pinang...

GEORGETOWN : Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICKids) di Pulau Pinang akan bermula...

Video: Mangsa Terkulai Dalam Teksi Lepas Dirempuh

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun maut dalam keadaan tragis setelah teksi yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan dalam kajadian di persimpangan lampu isyarat  di Commonwelth Avenue West, Singapura, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, Kathy Ong, 19, yang merupakan mahasiswa University Nasional Singapura (NUS) meninggal dunia disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala.

Sementara tiga lagi rakannya yang juga penuntut NUS dan pemandu teksi tersebut dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Detik-detik kemalangan yang mengejutkan itu turut dirakam melalui kamera dashcam sebuah kenderaan lain sebelum ia dikongsikan secara meluas dari kalangan netizen tempatan.

Berdasarkan pemerhatian daripada rakaman video berdurasi 34 saat itu, teksi silvercab yang dinaiki mangsa memasuki simpang ke jalan Clementi Road sebelum dirempuh sebuah kereta kelabu pada kelajuan tinggi.


Kesan rempuhan itu membuatkan Kathy yang duduk di bahagian kiri penumpang belakang menerima impak hentaman kuat sehingga membuatkan teksi berkenaan berpusing di luar kawalan.

Netizen beranggapan mangsa yang hampir tercampak keluar itu berkemungkinan tidak memakai tali pinggang keledar ketika insiden berlaku.

Kejadian itu bagaimanapun masih disiasat polis dan pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat itu kini ditahan bagi membantu siasatan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori