Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunda Serah LCS 1...

LUMUT - Penyerahan kapal tempur pesisir (LCS) pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Rakyat Malaysia Makan Terlebih...

PUTRAJAYA - Kadar purata pengambilan garam rakyat Malaysia ialah 7.15 gram sehari berbanding...

Polis Akan Panggil EXCO...

SHAH ALAM - Polis akan memanggil seorang EXCO Selangor dan semua individu yang...

Ugut Ismail Sabri :...

Pergerakan Pemuda UMNO di Pulau Pinang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Video: Ini Yang Dikatakan Malang Tak Berbau ‘Kuasa Dua’

MALANG sememangnya datang tanpa diduga, tidak berupaya untuk ditolak dan kadangkala ia mungkin hadir bersama ‘pakej’ dan apa yang dapat dilakukan, hanyalah kepasrahan.

Contoh terbaik adalah menerusi rakaman video dashcam bertarikh 9 Julai ini yang memaparkan niat murni seorang lelaki di Taiwan yang cuba membantu, namun berakhir dengan kecelakaan yang tidak disangkakan.

Menerusi perkongsian video di saluran YouTube Roadcams, lelaki malang berkenaan pada mulanya dilihat ingin keluar daripada kenderaanya namun tidak perasaan dengan kehadiran seorang penunggang motosikal di bahagian kiri.

Kemudian, lelaki itu membuka pintu kereta lalu membuatkan penunggang motosikal yang menggunakan lorong berkenaan menekan brek secara mengejut untuk berhenti, demi mengelak daripada terlanggar dengan pintu kereta tersebut.

Ia menyebabkan pemuda berkenaan terjatuh dari motosialnya namun tidak mengalami kecederaan yang teruk.


Lantas, pemandu berkenaan yang menyedari kesilapannya cuba membantu penunggang tersebut namun inilah yang dikatakan malang tidak berbau ‘kuasa dua’ apabila lelaki berusia lewat 40-an itu pula dilihat terpelanting setelah cuba mengangkat motosikal mangsa.

Pemandu itu secara tidak sengaja tertarik picu motosikal berkenaan, lalu membuatkan dia terhumban kearah sebuah kereta di hadapannya.

Meskipun pengakhiran video agak lucu, netizen tempatan masih lagi memuji sikap kedua-dua lelaki berkenaan yang sanggup tolong menolong antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori