Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Sekeluarga Maut Rumah...

PETALING JAYA - Tiga sekeluarga maut termasuk seorang daripadanya rentung ekoran terperangkap dalam...

Pemadam Tubuh J/K Khas...

KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk...

BN Terus Berkhidmat Kepada...

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada...

Projek ETS 93 Peratus...

SEGAMAT : Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru berjalan lancar...

Video: Aksi ‘Spiderman’ Lawan Pembuli Jalanan Di New York

HAAA ini makan dia! Satu rakaman video menunjukkan ‘Spiderman’ bertindak menyelamatkan seorang lelaki daripada dibuli seorang pembuli jalanan menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.

Memetik laporan akhbar New York Daily, pembuli jalanan tersebut dilaporkan sering kali mengusik penghibur jalanan, pelancong dan pejalan kaki yang lalu lalang di sekitar Times Square, New York.

Susulan kejadian itu, ‘Spiderman’ yang berada di tempat kejadian berasa ia adalah tangungjawabnya untuk menyelamatkan mangsa buli di mana dia melawan balik pembuli tersebut di hadapan kedai mainan Toys ‘R’ Us.


‘Spiderman’ Melawan Pembuli Jalanan Di New York by mynewshub

Dalam rakaman video berdurasi 3o saat itu, ‘Spiderman’ tersebut dilihat berjaya melawan balik pembuli itu dengan menumbuk secara bertubi-tubi sebelum menjatuhnya ke lantai.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang saksi, Geoff Goldberg dengan menggunakan telefon bimbitnya.


“Lelaki (pembuli) ini sering kali mengganggu penghibur jalanan yang memakai kostum watak-watak popular.

“Ini bukan kali pertama dia buat perangai macam ini, ”katanya kepada wartawan New York Daily.

Orang ramai dapat didengar bersorak apabila ‘Spiderman’ berjaya ‘mengalahkan’ pembuli tersebut.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori