Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KL2017: Skuad Negara Belasah...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki dalam dewan lelaki negara melaungkan amaran awal kepada...

Aksi Hambar Kontinjen Malaysia...

MANILA - Kontinjen Malaysia meneruskan aksi hambar pada hari kelima Sukan SEA ke-30...

Perajurit Muda Perlu Jaga...

IPOH - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Roslan Saad...

Demam Denggi Meningkat Di...

KANGAR - Lapan kes demam denggi dilaporkan di Perlis bagi minggu bermula 27...

V Shem & Wee Kiong Kini Bergelar Beregu No 1 Dunia

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

BWF yang mengemas kini ranking dunia terbaru itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen (67,534).

Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lepas.

Menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori