Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hotel Larang Staf Berhijab...

KUANTAN - Setelah umat Islam dikejutkan dengan tindakan biadab sebuah hotel larang pelanggan...

Caj Perkhidmatan Dikenakan Hotel...

TAIPING - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata nama caj...

Kaji Punca Keganasan Rumah...

PUTRAJAYA - Sebanyak 279 kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan dalam tempoh lapan...

Atikah Suhaime Tarik Diri,...

PELAKON yang dulunya popular dengan drama Bila Hati Berbicara, Atikah Suhaime dikatakan mahu...

Utusan Melayu Dibenar Merayu Ketepikan Saman MB Pahang

PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ahli politik tidak boleh menyaman media bagi tuduhan memfitnah atas kedudukan mereka sebagai tokoh masyarakat.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu ketika membenarkan rayuan Utusan Melayu (M) Bhd untuk mengetepikan saman fitnah yang dikemukakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap syarikat akhbar berkenaan.

Dalam keputusan ringkasnya, Rohana berkata mahkamah itu berpendapat artikel berkenaan, sama ada dari segi konteksnya dan secara menyeluruh, merujuk kepada Adnan berdasarkan kedudukannya sebagai Menteri Besar, bukan sebagai individu secara peribadi.

Menurut beliau, saman fitnah yang dikemukakan Adnan terhadap akhbar bahasa Malaysia itu perlu diketepikan berdasarkan satu prinsip undang-undang Inggeris, Derbyshire County Council lwn Times Newspapers Ltd, yang menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan berkaitan fitnah.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Idrus Harun dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mary Lim, memerintahkan Adnan membayar kos guaman RM3,000 kepada Utusan Melayu.

Adnan menyaman Utusan Melayu berhubung penerbitan sebuah artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia bertajuk, ‘Hebat Sangatkah Adnan’ pada 9 Nov tahun lepas.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta permohonan maaf dan jaminan untuk tidak menyiarkan lagi bahan berunsur fitnah terhadapnya itu.

Utusan Melayu gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan saman sivil itu di Mahkamah Tinggi pada 23 Julai tahun lepas dan merayu kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.


Pada prosidng hari ini, peguam yang mewakili Utusan Melayu, Datuk M. Reza Hassan berkata artikel berkenaan mengkritik Adnan sebagai Menteri Besar dan pentadbirannya.

Beliau berkata prinsip dalam kes Derbyshire County Council lwn Times Newspapers Ltd terpakai dalam kes ini dan oleh itu, mahkamah perlu membenarkan Utusan Melayu merayu untuk mengetepikan saman berkenaan.

Peguam Americk Sidhu, yang mewakili Adnan, dalam hujahnya berkata klien beliau bukan menyaman akhbar berkenaan berdasarkan kedudukannya ssebagai pegawai awam, tetapi berdasarkan kedudukan peribadinya.

Reza memberitahu pemberita bahawa keputusan mahkamah itu mungkin mempunyai implikasi besar kerana ia bermakna tokoh masyarakat hanya boleh mengemukakan saman fitnah sekiranya serangan yang dilakukan terhadapnya bersifat peribadi.

Americk berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Adnan sama ada akan membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan.

Utusan Melayu juga diwakili peguam Azhar Arman Ali. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]nxwMoNuFFr4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori