Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mat Razi Tidak Gentar...

TUMPAT - Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail tidak gentar untuk...

Jalur Gemilang Simbol Kedaulatan,...

SHAH ALAM - Dalam kehangatan isu Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan Jalur...

Bung Moktar Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menawarkan diri...

Kerajaan PH Gagal Tunai...

HARAPAN rakyat untuk menikmati janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghapuskan semua tol...

Usul Kecam Kekejaman Israel Harap Dapat Dibahas

KUALA LUMPUR – PAS berharap usul bagi mengecam kekejaman rejim Israel terhadap Palestin dapat dibahaskan segera pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS telah menghantar usul itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini susulan pencerobohan tentera rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sejak 14 Julai lepas, yang bermula dengan peristiwa berdarah menyebabkan kematian dua tentera Israel dan dua rakyat Palestin.

“Hal kekejaman ini merupakan soal pencabulan yang melampau. Kita hantar usul ini agar ia dapat dipertimbangkan supaya kita dapat mengeluarkan satu resolusi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ini.

“Kita berharap usul itu akan dapat dibahaskan dan disokong oleh semua anggota Parlimen tanpa mengira parti politik. Jika usul berhubung perkara ini diusulkan pihak lain, kami juga akan menyokong,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.


Terdahulu, pada sidang media berasingan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut menyerahkan usul sama berkata semua pihak perlu mendesak Israel menghentikan penutupan Masjid Al-Aqsa dan mengembalikan hak umat Islam untuk beribadat di masjid itu. – BERNAMA

Kategori