Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sikap Tidak Ambil Tahu...

KUALA LUMPUR - Sikap tidak mengendahkan maklumat sahih berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Pemandu Uber Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Beratus-ratus pemandu Uber di sini menyuarakan perasaan tidak puas hati...

Zahid Sokong Portfolio Tambahan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyokong...

Sahur Terbantut Gara-Gara Lemang...

NIAT sepasang suami isteri dari Kuala Lumpur untuk bersahur terbantut apabila lemang yang...

Usia 9 Tahun Sudah Ketagih Air Ketum

SUNGAI PETANI – Kebimbangan terhadap ketagihan air ketum bukan sahaja berlaku terhadap golongan dewasa malah ia juga dilaporkan sudah menular kalangan kanak-kanak.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, terdapat laporan mengatakan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun sudah terjebak dengan penggunaan air ketum.

Menurutnya, kajian mengenainya sedang dijalankan bersama sebuah universiti tempatan berhubung perkara itu.

“Dalam konteks pencegahan, kita sedang mengambil langkah melalui kempen secara berfokus ke setiap daerah dan lokasi yang dikenal pasti.

Selain itu, kajian penggunaan air ketum terhadap kanak-kanak juga sedang dilakukan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana Majlis Tindakan Dadah Negeri Kedah telah melihat perkara ini dan kerajaan negeri juga sedang mengambil langkah-langkah berhubung perkara ini.

Menurut beliau, di Kedah, penanaman ketum diusahakan secara ladang dan pendapatan yang diperoleh adalah lumayan.

“Bagaimanapun, kita tidak salahkan pengusaha kerana tiada perundangan yang melarang mereka menanam daun ketum kerana air ketum masih lagi dikuatkuasakan bawah Akta Racun,” katanya.

Menurutnya, kesalahan penyalahgunaan air ketum yang mengkhayalkan bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun jika sabit kesalahan, tidak memberi kesan panjang.


Beliau turut mengakui, golongan remaja turut terlibat dalam penggunaannya yang disifatkan mampu memberi tenaga sehingga menyebabkan ketagihan termasuk kanak-kanak yang menjadikan ia bekal minuman kerana warnanya seakan-akan air teh atau tebu.

“Kita sedang berbincang dengan jabatan pertanian untuk mencari penanaman alternatif yang boleh ditukar menggantikan ketum dalam membantu seseorang pengusaha.

“Kita tak mahu apabila sudah dikuatkuasakan undang-undang baru, menyebabkan kerajaan tidak membantu mereka sebaliknya kita sebenarnya sedang mencari peluang dan ruang untuk mereka melakukan transformasi,” katanya.

Menurutnya, pengusaha akan dinasihatkan supaya mengusahakan tanaman lain yang halal dari sudut perundangan dan hukum.

Katanya, AADK akan bersama-sama membantu masyarakat menyebarkan kefahaman dari sudut kesihatan khususnya rakyat Kedah yang mana majoriti penanaman terdapat di luar bandar termasuk Kubang Pasu dan Padang Terap yang telah dikenal pasti.

Menurut beliau, pendapatan lumayan menyebabkan ramai pengusaha sawah menukar tanaman mereka kepada daun ketum bagi menggandakan hasil dalam tempoh singkat.

Berdasarkan contoh perkiraan, 0.8 hektar penanaman ketum boleh menghasilkan 1,500 pokok dengan pendapatan RM200,000 setahun. - Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori