Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

14 Nov Sebutan Semula...

GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Nov untuk...

PRK: Anggota Rela Diingat...

TUMPAT - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota...

Perpecahan Halang Misi Pulih...

SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin kita sepatutnya jangan terlalu banyak 'condemn'.Ekonomi negara perlahan...

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan...

PUTRAJAYA - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Solat...

“Usah Papar Gambar Aib Jasad QZ8501 – Kamaruddin Meranun

Dalam pada keinginan masyarakat untuk mengetahui perkhabaran terkini tentang nasib penumpang juga pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah, ia seharusnya tidak mendedahkan aib jenazah.

Bercakap kepada pemberita di Klaten, Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun menasihati agar foto-foto yang menghayat hati dan memaparkan jenazah dalam keadaan memalukan sepatutnya tidak dipertontonkan kepada umum.

Air-asia-kamaruddin-meranun-071113_TMI-Afif

Ia kerana, jasad penumpang tersebut harus dimuliakan dan dihormati dan bukan dipaparkan dalam keadaan tidak sempurna.

Saya minta tolong sayang kepada media massa untuk tidak memuat naik gambar korban yang mengaibkan seperti yang saya lihat pada beberapa pemberitaan sebelum ini.

Saya memohon sangat, tolong muliakan mereka. Mereka syuhada, jangan diaibkan,” petik ujarannya yng disiarkan dalam portal berita seberang, detiknews.


Airasia-qz8501-Re630 The body of an AirAsia QZ8501 passenger is carried to an ambulance after being transported from a ship by a U.S. Navy helicopter from the USS Sampson at the airbase in Pangkalan Bun

Ujar beliau, tindakan yang dilakukan media sebelum ini tidak seharusnya diteruskan kerana ia menyinggung perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat malang tersebut.

Ini soal rasa kemanusiaan, jangan dicampur-aduk dengan pemunculan gambar-gambar yang menyakiti seperti ini. Lagipun perasaan keluarga korban pun harus kita jaga. Bagaimana pula jika korban itu adalah keluarga kita, pasti juga akan sakit, kalau gambarnya diaibkan seperti itu.” – MYNEWSHUB.CC

 

Berita CNN – Faktor Kemungkinan Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Di Laut Jawa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori