Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Penyampai Berita Ketakutan Dengan...

SEORANG penyampai berita, Mary Beth McDade menjerit ketakutan selepas seekor lipas terbang dan...

Puteri Umno Cadang TNB...

KOTA BHARU - Pergerakan Puteri Umno hari ini mencadangkan supaya Tenaga Nasional Bhd...

SIC Bantu Cari Pelumba...

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian...

Raih RM40 Juta, Munafik...

KUALA LUMPUR - Kejayaan filem Munafik 2 meraih kutipan RM40 juta selepas 17...

Usah Buat Spekulasi Penahanan Ahmad Zahid – Mohamad

SEREMBAN – Penahanan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya dispekulasi dan dijadikan modal untuk menabur pelbagai persepsi yang salah dan tidak berasas.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa yang lebih penting, anggota UMNO dan semua pihak mesti bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan keadaan ini.

“Susulan beberapa siri siasatan, wujud spekulasi bahawa beliau akan didakwa tidak lama lagi. Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini.

“Saya dan kepimpinan UMNO percaya perkara ini mesti dilihat secara terbuka dan objektif.

“Saya menyeru agar kita tidak terburu-buru dalam segala kenyataan, tindakan dan perlakuan kita. Kita mesti menghormati pelaksanaan proses undang-undang dan menaruh keyakinan bahawa ia akan dilunaskan dengan cara yang selari dan bersesuaian dengan keluhuran undang-undang dan sifat Malaysia sebagai negara hukum,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata susulan daripada perkembangan ini juga, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.

“Ini khususnya bagi memutuskan hala tuju dan tindakan selanjutnya. Apa jua keputusan Majlis Kerja Tertinggi akan menjadi pendirian dan panduan untuk semua anggota parti,” katanya.


Jelasnya lagi, apa yang pasti, beliau dan kepimpinan UMNO memberi jaminan bahawa penahanan ini tidak akan melemahkan atau menjadi halangan kepada UMNO untuk meneruskan agenda pemulihan yang sedang dilakukan dalam parti.

“Khidmat bakti UMNO kepada rakyat Malaysia juga tidak akan berhenti dan terganggu. Saya dan rakan-rakan dalam UMNO ingin menzahirkan sokongan dan setia kawan yang mendalam terhadap Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid Hamidi dan keluarganya dalam saat yang mencabar seperti sekarang.

“Insya-Allah, saya pasti akan hadir petunjuk dan kebenaran yang selayaknya daripada Allah SWT dalam segala hal yang berlaku ini jika kita bersabar dan bijaksana dalam segala tindakan kita,” katanya.

Ahmad Zahid pada Jumaat lepas, memberi keterangan kepada SPRM terhadap dakwaan kes penyelewengan dana sebuah yayasan. – BERNAMA

Kategori