Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barang Rampasan Op Dadu...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju hari ini melupuskan...

Aerotrain KLIA Rosak Lagi,...

SEPANG - Faktor usia terlalu tua dipersalahkan sehingga menyebabkan kerosakan terkini operasi rutin...

Pasca Bersih 4.0: Maria...

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok...

Majlis Angkat Sumpah MB...

JOHOR BAHRU : Siapa Menteri Besar (MB) Johor ke-19 dijangka terjawab petang ini.Ia...

Urusan Haji Kendalian TH Berjalan Dengan Baik & Lancar

KUCHING – Orang ramai diminta supaya tidak bimbang atau membuat sebarang andaian mengenai kemungkinan timbul masalah buat jemaah haji di tanah suci ekoran penyusutan nilai mata wang negara ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata semua urusan jemaah haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji (TH) berjalan dengan baik dan lancar.

Beliau berkata TH sentiasa berada di tanah suci sepanjang musim haji bagi membantu setiap keperluan jemaah kendaliannya, termasuk menyediakan perkhidmatan pengeluaran dan penyimpanan wang buat mereka.

“Tempat makan, minum, (jemaah) semua disediakan, semua diuruskan, dia bukan beli sendiri makanan, Tabung Haji yang sediakan (makanan),” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) di Dewan Kenyalang Ikmas di sini hari ini.

Menurutnya ketika ini kerajaan memberikan subsidi RM7,290 bagi tiap seorang jemaah supaya mereka hanya perlu membayar RM9,980 seorang untuk menunaikan haji dengan TH.


Berdasarkan rekod, tahun lepas subsidi RM6,175 diberikan buat tiap seorang jemaah manakala tahun sebelumnya RM5,755, supaya bayaran haji dapat terus dikekalkan RM9,980.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dalam ucapannya berkata Ikmas yang diwujudkan sejak 15 tahun lepas telah berjaya melahirkan 633 graduan diploma dan 119 graduan persijilan sehingga kini.

Beliau berkata ramai graduan Ikmas diterima baik dalam pasaran kerja khususnya di Sarawak, selaras dengan usaha berterusan Jakim dan kerajaan untuk memperkasa institusi-institusi pengajian Islam dalam negara.

Sebanyak 91 graduan diploma dan 20 graduan persijilan menerima anugerah mereka pada majlis konvokesyen hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori