Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Cabang PKR Perak...

IPOH — Lima cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak tidak bersetuju dengan tindakan...

Rakyat Diminta Amal Pembelajaran...

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia digalakkan mengamal pembelajaran fleksibel sebagai langkah meningkatkan lagi...

2 Nelayan Warga Myanmar...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan dua...

Dollah Tak Menyesal Panggil...

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak menyesal memanggil...

UPSR Bocor: Ibu Bapa Luah Perasaan Marah, Kecewa

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kertas Matematik dan Tamil melahirkan perasaan marah dan kecewa berikutan dua mata pelajaran itu perlu diambil semula pada 9 Oktober ini.

Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Maizura berkata, anaknya menangis sepanjang malam apabila diberitahu perlu mengambil kembali kertas peperiksaan Inggeris dan Sains sebelum ini.

“Matematik adalah subjek yang terlalu sukar baginya. Dia berusaha keras dan amat bimbang sebelum menjawab kertas Matematik.

“Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk memberitahu yang dia perlu sekali lagi berbuat demikian,” jelas Maizura,45.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat kepada sistem dan menyelesaikan masalah daripada menghukum pelajar mengambil semula peperiksaan.

“Ia (peperiksaan) sudah berakhir. Mereka perlu melihat kembali bagaimana cara untuk mengelakkan kebocoran berlaku lagi di mana depan.

“Dan pelajar-pelajar ini akan berpindah ke Tingkatan Satu, sama ada mereka lulus cemerlang atau tidak-ini sesuatu yang tidak perlu dibuat,” tambahnya.

Seorang lagi ibu pelajar yang dikenali Lau,45 berkata, menyuruh pelajar sekali lagi mengambil peperiksaan bukan sahaja membuat mereka tertekan, malah ia juga tidak menyenangkan ibu bapa.


“Jelas di fikiran kami pelajar-pelajar hanya akan mengambil peperiksaan semula pada 30 September ini, tetapi kini mereka perlu juga menjawab kertas lain pada 9 Oktober ini.

“Sekali lagi, kami perlu menunda apa sahaja perancangan yang dibuat disebabkan masalah ini.

“Ia hanya UPSR-adakah perlu menyuruh pelajar-pelajar ini mengambil kembali peperiksaan”, tanya Lau.

“Walaupun sebahagian pelajar mendapat soalan bocor dan menerima keputusan cemerlang, mereka akan juga berdepan dengan peperiksaan lebih sukar di sekolah menengah nanti.

“Bagi saya, ini adalah satu perkara yang buang masa,” jelasnya.

Anak perempuan Lau yang akan menduduki sekali lagi peperiksaan berkata, dia sangat marah, letih dan kecewa.

“Saya amat kecewa kerana saya belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan ini dan sekarang saya perlu menghadapinya sekali lagi, “jelasnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori