Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KPDNKK PD Rampas 156...

REMBAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Port Dickson...

Doktor Terkejut Temui 75...

MELIHAT kepada luaran pekerja syarikat kereta api di Kota, Rajasthan, India iaitu Badri Lal...

Zulkifli Sebak Baca Surat...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak autisme bernama Wan Aiman yang sering menjadi perhatian...

2 Pelajar UiTM Maut,...

KOTA SAMARAHAN - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dan seorang cedera...

UPSR Bocor: 2 Guru Sekolah Tamil Bebas Tuduhan

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua guru lelaki daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, tahun lepas.

Hakim Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap L.Subbarau @ Kamalanathan, 35, dan P. Murugan, 37, di akhir kes pendakwaan.

Subbarau yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar, dekat sini, sebelum ini, menghadapi lima pertuduhan, manakala Murugan yang sebelum ini bertugas di SJKT Ladang Lenggeng, dekat sini, berhadapan satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Subbarau didakwa memiliki soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Matematik 035/1 dan Matematik 015/1, Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037 serta Sains 081 melalui seunit telefon pintar.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan antara 8 September dan 16 September 2014, di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban di sini.

Manakala, Murugan didakwa memiliki kertas soalan Matematik 015/1 antara 8 September dan 17 September 2014 melalui seunit telefon pintar di sebuah rumah di Taman Sri Mawar, Mantin, dekat sini.


Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farid Mohd Mokhtar.

Tertuduh Murugan diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris, manakala Anggota Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran selaku peguambela kepada Subbarau.

Jagjit juga membenarkan pasport tertuduh dipulangkan, sebaik sahaja proseding hari ini selesai. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori