Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Calon Damansara Ikrar...

PETALING JAYA - Ketiga-tiga calon di Parlimen Damansara mempunyai misi yang sama iaitu...

Video The Rock Tanya...

BUAT peminat tegar pelakon popular Dwayne Johnson, pasti anda teruja dengan perkongsian video...

‘Saya Sudah Temui Kekuatan...

KUALA LUMPUR - "Saya okay. Ia bukan pengakhiran hidup apabila kembali sendiri," demikian...

Curi Kabel, Tiga Lelaki...

BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel berjaya ditahan...

UPKO Sedia Sertai Jawatankuasa Pengurusan Pendatang Asing

KOTA KINABALU – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sedia mengambil bahagian sepenuhnya dalam jawatankuasa pengurusan pendatang tanpa izin.

“Kami bersedia,” kata pemangku presiden parti, Datuk Madius Tangau, dan menambah, “Lebih cepat lebih baik sebab pelbagai komen, yang wajar atau tidak, sejak beberapa hari lepas memerlukan mesyuarat tergempar diadakan segera.”

“UPKO tidak bersetuju bahawa tiada lagi kartel atau sindiket terbabit dalam penghasilan dan penjualan kad pengenalan palsu (IC).

“Kami juga tidak bersetuju bahawa tanggungjawab terletak kepada rakyat Malaysia di Sabah sama ada untuk menerima atau tidak pendatang tanpa izin yang berada di negeri ini selama beberapa dekad sebagai warga negara ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas.

RCI mengesyorkan penubuhan jawatankuasa tetap mengenai pendatang tanpa izin itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah serta disokong oleh jawatankuasa pengurusan yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tangau berkata: “Upko bertentangan pendapat dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kami percaya beliau tidak mempunyai asas untuk berkata demikian. Ini disebabkan kami ada bukti menunjukkan IC masih boleh diperoleh menerusi cara yang menyalahi undang-undang.


“UPKO turut menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang, hanya Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai bidang kuasa dalam perkara berkaitan kewarganegaraan. Tidak wajar untuk penduduk Sabah mengemukakan pungutan suara untuk menentukan sama ada seseorang itu boleh menjadi warganegara atau tidak.

“Sebaliknya tanggungjawab terletak pada setiap orang yang ketika ini memiliki IC untuk membuktikan mereka adalah rakyat Malaysia yang sebenar. Sebab itulah UPKO mencadangkan kerajaan menarik balik semua IC dan kemudian mengeluarkan semula sebaik sahaja disahkan.

“Ya, ini mungkin mengambil masa, boleh jadi beberapa tahun, namun ia boleh dilaksanakan. Sebelum ini pun, kita telah menukar atau menambah baik IC kita beberapa kali,” katanya.

Jumaat lepas, Bernama melaporkan Ahmad Zahid berkata kartel yang terbabit dalam pengeluaran dan penghasilan IC tidak lagi wujud di Sabah.

Beliau berkata aktiviti seperti itu yang mungkin wujud sebelum ini, dapat dibanteras hasil tindakan proaktif dan pemantauan oleh kementerian serta Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPKO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori