Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Thailand Tahan Pasangan Malaysia...

SONGKLA - Pihak berkuasa Thailand menahan sepasang suami isteri warga Malaysia hari ini...

Naib Presiden Parti Tempatan,...

KOTA KINABALU - Seorang pemimpin parti politik Sabah dan seorang ahli perniagaan direman...

Tiga Jemaah Haji Kumpulan...

Sepang : Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan...

Polis Tahan Seorang Lelaki,...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan...

Universiti Malaysia Mampu Muncul 10 Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Universiti di negara ini mampu mencapai ranking 10 universiti terbaik dunia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang jika mampu mengekalkan peningkatan kedudukan semasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil contoh Universiti Malaya yang kini berada di kedudukan ke-133 terbaik di dunia, yang meningkat 10 kedudukan setiap tahun.

“Kalau kita tengok peningkatannya sebanyak 10 kedudukan setahun, sebab itu janji saya kepada rakyat Malaysia dalam 20 hingga 30 tahun lagi, kita ingin melihat universiti kita berada dalam kelompok 10 terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi Siswazah Anggota Parlimen Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Katanya, kementerian sedang mereka bentuk semula pendidikan tinggi di negara ini untuk bersaing dengan universiti luar negara dan akan memastikan semua universiti di Malaysia terus meningkat dari semasa ke semasa.


Idris berkata beberapa universiti negara ini juga telah mencapai pelbagai kejayaan antaranya berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia.

“Universiti-universiti kita juga berada dalam kedudukan yang amat baik melibatkan universiti yang berusia kurang dari 50 tahun,” katanya.

Pada majlis itu, 17 anggota Parlimen diraikan antaranya Datuk Ir. Hamim Samuri (Ledang), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), selain anggota Parlimen yang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana, serta anggota Parlimen yang telah menamatkan pengajian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori