Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Selamba Masukkan Binatang...

SANGGUP memasukkan binatang berbisa ke dalam mulut semata-mata untuk menghiburkan orang ramai.Itu yang...

Tengku Zafrul Kini Bendahari...

PETALING JAYA : Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari...

JAWI Gesa Umat Islam...

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi khutbah Jumaat semalam menyeru umat Islam...

Rasuah: Juruteknik SAJ Holdings...

JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik SAJ Holding Sdn. Bhd. (SAJ Holdings) mengaku salah...

United, City Ada Peluang Juara Liga – Klopp

DUA kelab gergasi England, Manchester United dan Manchester City tampil garang dalam memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Manchester City dan Manchester United kini berada di kedudukan pertama dan kedua liga dengan berkongsi 13 mata selepas lima perlawanan.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengakui, duo Manchester itu mempunyai peluang yang bagus.

“Saya memang memerhatikan United dan City, tapi bukan tugas saya untuk mengira mata. Dua pasukan ini beraksi dengan baik sekali.

“Bagi saya, ini bukan satu kejutan kalau City dan United berada dalam persaingan gelaran juara,” katanya.

Liverpool kini berada di tangga ke lapan dengan lapan mata dikumpul selepas melakar dua kali menang, sekali kalah dan dua kali seri.


Kemenangan Liverpool salah satunya adalah ketika menumpaskan Arsenal 4-0.

Namun, The Reds tewas dengan jumlah jaringan besar ketika menentang Manchester City. – Sinar Harian

Kategori