Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

45 Pengganas Warga Asing...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 45 warga asing dipercayai terbabit...

Aksi Mendaratkan Pesawat A380...

LONDON - Aksi mendebarkan dua juruterbang mendaratkan pesawat penumpang terbesar dunia di Lapangan...

Alatan Pergigian Tertinggal Dalam...

DES PLAINES (Amerika Syarikat) - Seorang lelaki diberi pampasan AS$675,000 (RM2.7 juta) selepas satu...

Palu, Kota Syiar Islam...

KOTA PALU adalah sebuah tempat yang terkenal dengan pusat perkembangan Islam dan tokoh...

Unit Khas Pertahanan Siber Mampu Kekang Ancaman Siber

KUALA LUMPUR – Sistem dan rangkaian pertahanan negara dilihat lebih kukuh dengan penubuhan Unit Khas Pertahanan Siber yang bertindak memantau rapi sebarang ancaman siber, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sistem yang mula dibangunkan pada tahun lepas itu penting berikutan ancaman keselamatan bukan fizikal dan konvensional, bukan setakat memerlukan kepakaran malah penelitian luar biasa untuk mengawal kesan dan penyebarannya.

Beliau berkata, dengan pembangunan sistem berkenaan Malaysia dapat maju ke hadapan dalam bidang keselamatan siber.

“Fokus utama sistem pertahanan siber ini ialah memantau sebarang aktiviti berbentuk ancaman siber dan rangkaian pertahanan negara, pengukuhan sistem pertahanan siber terhadap sistem infra Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), pengauditan keselamatan siber dan aktiviti siber forensik.

“Saya yakin Malaysia akan menjadi salah satu negara yang berpotensi untuk maju ke hadapan dalam bidang ini sekali gus menangkis beberapa percubaan peperangan siber melalui sistem itu di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mendedahkan jumlah serangan siber yang diterima Malaysia sejak penubuhan unit itu.


Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegur sikap ahli politik yang mendakwa UMNO telah gagal mendapatkan keyakinan orang ramai.

“Ini bukan komen baharu yang diterima tetapi saya ingin menegaskan bahawa jika komen itu benar, bagaimana kita boleh menang besar dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta pilihan raya negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional masih pilihan masyarakat walaupun pelbagai pandangan dilemparkan kepada parti itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori