Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Paus Ditemui Mati Merupakan...

BATU PAHAT - Paus yang ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah...

Harga Minyak Turun, Kurangkan...

KOTA BHARU - Penurunan harga petrol dan diesel mengurangkan 10 hingga 11 peratus...

Wee Wern Berdepan Sivasangari...

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern dan juara...

Dulu Bersin, Kini Gelak...

RAPUHNYA tulang wanita ini. Monique Jeffrey yang pernah patah tulang leher hanya kerana bersin...

UniMAP Tanam 20-30 Pokok Ketum Untuk Penyelidikan

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menanam 20 hingga 30 pokok ketum di sebuah rumah hijau berkemungkinan di Padang Besar untuk peringkat permulaan bagi tujuan penyelidikan.

Naib Canselornya Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata penyelidikan kegunaan daun ketum untuk tujuan perubatan wajar dilaksanakan mengikut kaedah saintifik.

“UniMAP akan bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang yang mempunyai kepakaran saintifik dan pengetahuan dalam bidang farmaseutikal dan perubatan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Baru-baru ini, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri bercadang menanam pokok ketum bagi kegunaan perubatan, sekali gus menjana pendapatan sampingan kepada ekonomi negeri.


Projek tanaman ketum bagi tujuan perubatan itu akan diusahakan dengan kerjasama UniMAP yang akan membuat kajian dan penyelidikan terhadap tumbuhan itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori