Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Wow, Pemain Kompang...

KEBIASAANNYA dalam sesebuah majlis persandingan, dendangan pemain kompang turut dijemput bagi memeriahkan lagi...

Dua Beranak Direman Kes...

SIBU - Mahkamah Majistret di sini, memerintahkan dua beranak berusia 53 dan 25...

London Kini Lebih Islam...

HIDAYAH... Britain ketika ini menyaksikan peningkatan wajah Islam dengan ratusan mahkamah syariah baharu...

Dewan Negara Lulus Empat...

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam,...

UniMAP Dipilih Sebagai Tuan Rumah ESC 2016

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih menganjurkan ‘Entrepreneurship Summer Camp’ (ESC) (Kem Musim Panas Keusahawanan) tahun hadapan bertujuan mendedahkan para pelajar universiti dengan ilmu keusahawanan antarabangsa.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan dari Forum Presiden Universiti Asia ke-14 (AUPF) 2015 di Guangdong University of Foreign Languanges (GDUFS), China yang berakhir semalam.

Kamarudin berkata ESC berkonsepkan Asia Summer Program (ASP) namun tumpuan adalah pada aspek keusahawanan bagi melahirkan modal insan yang berfikiran keusahawanan global.

“ASP pula lebih fokus pada modul bahasa, budaya dan kesenian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarudin berharap para pelajar akan dapat membina rangkaian perniagaan dengan lebih luas dan mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang ditimba melalui ESP selepas tamat pengajian nanti.


AUPF 2015 berlangsung selama empat hari disertai 33 buah universiti di Asia bertujuan mewujudkan satu mekanisme yang membolehkan presiden universiti bertukar maklumat dan pengalaman pengurusan dengan rakan-rakan anggota.

Forum yang diperkenalkan pada 1999 pada mulanya hanya disertai universiti di China dan Thailand. Ia kemudian disertai oleh universiti di Indonesia, Malaysia, Jepun, Bangladesh, Filipina, Mongolia, Lithuania, Vietnam dan Korea.

Delegasi UniMAP ke AUPF 2015 turut disertai Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, Datin Prof Dr Zuraidah Mohd Zin dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan Prof Dr R Badlishah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori