Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Letupan Gudang Di Tianjin...

TIANJIN: Sekurang-kurangnya 17 orang awam maut manakala ratusan lagi cedera dalam satu siri...

Cuaca Panas Akibatkan Petani...

JOHOR BAHRU - Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini menyebabkan ada...

Peniaga Buka Gerai Di...

PUTRAJAYA -   Kira-kira sebanyak 10 buah gerai makanan didirikan secara haram di sekitar...

Himpunan ICERD: Pakaian Putih,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan semua peserta himpunan besar-besaran membantah Konvensyen...

UNICEF Lancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan US$50j

KATHMANDU – Seminggu selepas gempa bumi yang dasyat melanda Nepal, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) melancarkan tabung untuk mengutip derma sebanyak US$50 juta (RM180 juta) daripada masyarakat dunia bagi memberi bantuan kemanusian kepada mangsa bencana di negara itu untuk tiga bulan akan datang.

Timbalan wakil UNICEF di Nepal, Rownk Khan berkata gempa bumi dengan magnitud 7.8 Sabtu lepas telah mengakibatkan kemusnahan yang tidak dapat dibayangkan.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan di sini, Khan berkata hospital penuh sesak dengan pesakit, bekalan air sukar diperoleh dan ada lagi mayat masih berada di bawah runtuhan bangunan sementara orang ramai masih lagi tidur di kawasan lapang.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan kesihatan dan nasib kanak-kanak mangsa gempa bumi itu kerana ramai yang tiada tempat tinggal, masih lagi trauma dan tiada akses kepada kemudahan asas.

“Dengan ketibaan musim monsun dalam beberapa minggu lagi, kanak-kanak menghadapi risiko tinggi dijangkiti penyakit seperti taun dan cirit-birit, selain terdedah kepada ancaman banjir dan tanah runtuh,” kata Khan.

UNICEF menganggarkan sekurang-kurangnya 15,000 kanak-kanak kekurangan zat yang teruk memerlukan pemakanan berkhasiat untuk memulihkan mereka dan keperluan mendesak untuk kanak-kanak di 12 daerah yang paling teruk terjejas kembali kepada kehidupan normal mereka dengan menyediakan ruang yang mesra kanak-kanak, membuka sekolah serta memberikan kemudahan asas seperti kesihatan dan air.

Gempa bumi pada 25 April lepas, meratakan lebih daripada 130,000 kediaman dan mengakibatkan tiga juta penduduk Nepal memerlukan makanan dan bantuan perubatan.

Kerajaan Nepal mengesahkan pada masa ini sejumlah 24,000 orang kini tinggal dalam 13 kem di Kathmandu.


Dalam perkembangan berkaitan, kenyataan media itu juga menyebut UNICEF telah menerbangkan lebih daripada 85 tan bantuan termasuk, khemah, alas plastik, selimut dan ubat-ubatan.

Ruang yang mesra kanak-kanak turut disediakan di dalam kem-kem berkenaan untuk membantu mereka pulih daripada pengalaman ngeri selain daripada tempat yang selamat untuk mereka belajar dan bermain.

Pertubuhan amal dunia itu juga telah menghantar bantuan ke kawasan pedalaman di luar lembah Kathmandu termasuk daerah Kavre dan Gorkha yang mana UNICEF mengagihkan sabun, pil untuk merawat air mentah, tarpal dan baldi kepada beribu-ribu penduduk di sana.

Di daerah Dhading, sebuah kawasan yang terjejas teruk, barangan keperluan keluarga dan penjagaan diri serta pil untuk merawat air mentah telah dihantar ke tujuh kampung terpencil menggunakan helikopter.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan UNICEF dalam menghulur bantuan ialah di Gorkha, Kaski, Sindhuli, Kavre, Ramechhap dan Kathmandu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori