Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Intai Wanita Guna Kamera...

ALOR SETAR - Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan  orang untuk melayani nafsu seksual...

Tangkapan Insiden Kuil Kini...

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan...

PAS Harap RCI Beri...

KOTA BHARU - PAS berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan, sekiranya...

Elvina Bakal Tamat Zaman...

TAHNIAH... Elvina Mohamad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati iaitu...

Undang-Undang Keganasan Malaysia Antara Terbaik

KUALA LUMPUR – Undang-undang berkaitan keganasan negara ini adalah antara undang-undang yang terbaik berbanding negara lain, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, E8 Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ini kerana undang-undang berkenaan mampu menyekat sebarang ancaman berkaitan keganasan daripada peringkat awal lagi, katanya kepada pemberita pada Majlis Persidangan Keselamatan di Tempat Awam dan Anti Keganasan (Summit Apac) di sini, hari ini.

“Polis Diraja Malaysia mempunyai kaedah risikan tersendiri yang mantap serta mampu mengekang ancaman keganasan pada peringkat awal termasuk kumpulan pengganas yang cuba merancang melakukan serangan, memiliki bahan berkaitan keganasan serta berjumpa dengan kumpulan yang disyaki,” katanya.

Ayob Khan berkata Malaysia melaksanakan pencegahan awal bagi menyekat ancaman berkaitan keganasan.

Mengenai undang-undang berkaitan keganasan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (pindaan 2014), beliau berkata kesemua akta ini banyak membantu mengekang aktiviti kumpulan Daesh termasuk mematahkan sejumlah 23 cubaan mereka melancarkan serangan di Malaysia sejak 2013.

“Sejak tahun 2013, sejumlah 415 tangkapan direkodkan membabitkan SOSMA yang mana 180 dituduh di mahkamah, 140 disabitkan kesalahan dan 106 dibebaskan. Baki selebihnya melibatkan warga asing yang diusir ke negara asal mereka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam keganasan dan ditangkap di bawah SOSMA akan melalui proses siasatan yang rapi.


“Sekiranya pihak Peguam Negara berpuas hati bukti penglibatan mereka serius, mereka akan dituduh di mahkamah tetapi sekiranya bukti tidak mencukupi mereka akan dibebaskan,” katanya dan menambah bahawa SOSMA mempunyai peruntukan khas bagi membantu polis menjalankan siasatan ke atas suspek yang terlibat dalam keganasan.

Mengenai persidangan ini, Ayob Khan berkata ia adalah platform bagi mengumpulkan pakar keselamatan seluruh dunia bagi berkongsi pengalaman menangani ancaman keganasan di samping mencari langkah preventif mengekang ideologi pengganas pada era baru ini.

Persidangan dua hari bermula hari ini mengumpulkan seramai 16 panel dari beberapa negara seperti Singapura, Malaysia, United Kingdom, Australia dan Filipina bagi membincangkan isu berkaitan keselamatan di tempat awam dan anti keganasan. – BERNAMA

Kategori