Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Sudah Ambil Keterangan...

Kuala Lumpur : Polis sudah mengambil keterangan isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di...

Ibrahim Abu Shah Kini...

SHAH ALAM - Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Dr....

Jepun Hasilkan Bawang Tidak...

TOKYO - Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah...

Gambar Lelaki Cuba Skodeng...

Seorang pelajar di sebuah universiti telah dituduh cuba `skodeng' bawah skirt seorang...

UMNO Salur Bantuan Segera Kepada 1,500 Keluarga Mangsa Banjir

MELAKA – UMNO hari ini menyalurkan bantuan segera seperti makanan dan keperluan asas kepada 1,500 keluarga yang terjejas akibat banjir di Melaka dan Negeri Sembilan, kata Pengerusi Biro Kebajikannya Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata bantuan berupa beras, gula, biskut dan air mineral itu disumbangkan kepada semua mangsa banjir terbabit tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

“Berdasarkan tinjauan yang kami lakukan di kedua-dua negeri terjejas semalam, kami dapati keperluan bagi barangan disampaikan kepada mangsa banjir terlibat bagi mengurangkan beban mereka.

“Kami menyerahkan bantuan ini kepada UMNO bahagian untuk diselaraskan agar dapat disampaikan segera kepada golongan sasar,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan untuk mangsa banjir di Melaka kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, di sini Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata bantuan sama juga akan diberikan kepada mangsa banjir di Johor dalam masa terdekat selepas memperoleh data dan maklumat mereka.

Sehingga pukul 8 pagi tadi sejumlah 4,600 mangsa banjir daripada 1,005 keluarga dipindahkan di Melaka; 662 daripada 166 keluarga di Negeri Sembilan; dan 126 orang daripada 32 keluarga di Johor.


Sementara itu, Shamsul Anuar berkata kerajaan menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak antaranya Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA, Jabatan Kesihatan dan agensi lain yang memberikan bantuan, sokongan serta perkhidmatan tanpa mengira masa kepada mangsa banjir.

“Kami lihat sistem penyampaian dan perkhidmatan jabatan atau pihak berkuasa yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir ini semakin baik hasil beberapa pendekatan yang dilakukan berdasarkan bencana banjir besar yang menimpa negara sebelum ini,” katanya.

Shamsul Anuar meminta mangsa yang terlibat dengan bencana banjir agar bersabar menghadapi ujian memandangkan kerajaan akan membantu mengikut keperluan mereka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ewYKymJ-iTs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori