Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

S’pura Tangguh Sementara Hukum...

Warganegara Malaysia yang dijadual menjalani hukuman mati di Singapura esok telah diberikan penangguhan...

Betapa Hinanya Mahathir Di...

KUALA LUMPUR - "Maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr. Mahathir Mohamad di...

Pembangkang Tidak Mampu Tadbir...

PONTIAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tidak mungkin pakatan...

Haqiem Rusli Penyelamat ‘Budak...

PENYANYI baru yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli mengakui terkilan apabila rakan-rakan seperjuangannya...

Umat Islam Hulur Sumbangan Untuk Rohingya & Bumi Aceh

PUTRAJAYA – Ribuan umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid utama kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menghulurkan sumbangan kepada masyarakat Islam Rohingya di Myanmar dan mangsa gempa bumi Aceh di Indonesia menerusi satu tabung khas.

Masjid utama di bawah kelolaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan kutipan sumbangan sebagai tanda simpati terhadap etnik Rohingya.

Tabung khas itu juga sebagai tanda simpati terhadap kejadian gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter di Pidie Jaya Aceh, Indonesia yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan ratusan mangsa.

Di Masjid Putra di sini, sebanyak 10 tabung disediakan di sekitar perkarangan masjid berkenaan untuk memudahkan orang ramai menyampaikan sumbangan.

Imam Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat ketika menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Rasulullah SAW: Pengikat Ukhuwah Penyatu Ummah menyaran umat Islam di negara ini menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung Rohingya dan mangsa gempa bumi Aceh.


“Atas dasar persaudaraan, mimbar ingin menzahirkan rasa sedih dan simpati di atas ujian dan musibah yang menimpa saudara kita di Myanmar yang ditindas dan juga saudara kita di Aceh yang mengalami gempa bumi baru-baru ini,” katanya.

Turut bersolat Jumaat di Masjid Putra itu ialah Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori