Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Permohonan Semakan Daftar Pemilih...

KUALA LUMPUR - Permohonan semakan kehakiman oleh 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya...

Lin Dan Raih Gelaran...

KUCHING - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal menambah koleksi kejuaraan...

Great Eastern Sumbang RM2...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40...

PAS Disaran Kaji Semula...

KOTA BAHARU - PAS disaran mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti...

UIM Tubuh Pusat Bagi Pengajian Wanita Tunku Azizah

CYBERJAYA – Universiti Islam Malaysia (UIM) mewujudkan Pusat bagi Pengajian Wanita bagi memenuhi keperluan penyelidikan yang bertujuan memastikan martabat dan kepentingan wanita dilindungi serta dipertingkatkan.

Pusat Bagi Pengajian Wanita Tunku Azizah, dinamakan bersempena Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Presiden UIM Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor mengumumkan penubuhan pusat berkenaan bersempena ‘Seminar Wanita: Hak dan Tanggungjawab – Antara Teks dan Konteks’, di sini hari ini.

Ketika memuji inisiatif UIM, sebuah institusi pengajian tinggi berasaskan Islam, Tunku Azizah bertitah langkah itu merupakan pengiktirafan yang sangat bernilai terhadap peranan penting wanita dalam masyarakat yang semakin berkembang dan di seluruh lingkungan aktiviti manusia.

“Saya amat terharu dan berasa disanjung apabila universiti memilih untuk menamakan pusat ini sebagai Pusat Bagi Pengajian Wanita Tunku Azizah.

“Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan betapa bertuahnya saya apabila mempunyai sebuah pusat yang memberi tumpuan kepada bidang yang sangat saya hargai dan sentiasa menumpukan sepenuh perhatian,” titah baginda.

Ketika bertitah, Tunku Azizah menggesa agar fungsi dan tanggungjawab pusat berkenaan diperluaskan untuk merangkumi pelbagai aktiviti dan tidak terhad kepada aktiviti intelektual sahaja.


Baginda bertitah kursus, seminar dan sesi perbincangan, yang disesuaikan dengan keperluan bagi wanita dan masyarakat yang sentiasa berubah, perlu dianjurkan secara berterusan selain pusat itu membina rangkaian di peringkat global dan mewujudkan hubungan dengan institusi-institusi lain yang berkongsi aspirasi serupa.

“Menjadi harapan saya agar pusat baharu ini dapat membawa perubahan kepada nasib wanita daripada semua lapisan masyarakat,” titah baginda.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata Pusat Bagi Pengajian Wanita Tunku Azizah akan memberi penekanan kepada aspek saintifik berkaitan sains kewanitaan.

“Penyelidikan dalam kajian ini boleh membantu dalam perkembangan dan kemajuan yang sihat dalam aspek kewanitaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori