Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Guru Takmir & Guru...

PUTRAJAYA – Seramai 66,258 kariah masjid, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan...

4 Lelaki Ditahan Terlibat...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian di...

Nahas Lion Air: Gear,...

JAKARTA - Agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata mereka menjumpai gear mendarat, roda...

Tujuh Warga Bangladesh Cedera...

KUALA LUMPUR — Tujuh warga Bangladesh cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika...

Ugut Bunuh, Penuntut Kolej Didenda RM4,000

PETALING JAYA – Seorang pelajar kolej swasta didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengugut bunuh bekas kekasihnya, enam bulan lepas.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatukan hukuman itu terhadap Teng Poh Hong, 20, kerana mendatangkan kegentaran dengan mengugut bunuh Su Pei Ryo, 18, di sebuah rumah, di USJ1, Subang Jaya, dekat sini, pada 5.28 petang, 11 Mei lepas .

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Tan Tzai Mun merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya masih belajar di sebuah kolej swasta dan ibunya adalah ibu tunggal.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon hukuman setimpal dengan alasan kes ini adalah serius. -BERNAMA

Kategori