Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MNH Unconditionally Retract Words...

The Defendant now take this opportunity to unconditionally retract the words and allegations...

Program Klinik Cukai LHDNM

Mungkin ada yang masih belum menyedari mengenai kewujudan Program Klinik Cukai oleh Lembaga...

Enam Maut, Hospital Sultanah...

JOHOR BAHRU - Enam orang dipercayai maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di...

Melaka United Ikat Safiq...

MELAKA – Melaka United berazam mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia...

UEC Rosakkan Dasar Pendidikan Negara – Harussani

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Menurutnya, Dasar Pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah kebaikan selaras dengan sistem pendidikan negara yang berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

“Kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, dan akta sedia ada serta pandangan pakar selain tokoh negarawan yang berkaitan dalam setiap perancangan dasar baharu, bukannya sekadar menerima cadangan dan terus melaksanakannya tanpa melihat kesan atau akibat dasar terbabit.

“Pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf, ini kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman, sekali gus boleh merosakkan suasana harmoni yang sudah sekian lama wujud di negara ini,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia selaras dengan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang sudah digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional dan manfaatnya sudah dirasai rakyat sekarang.

Katanya, pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Tan Siew Sin daripada MCA yang menghalang UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi.

“Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

“Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya. – BH Online

Kategori