Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Apa Masalah Pembangkang Dengan...

PEMBANGKANG tak habis-habis dengan agenda tersirat dan terbuka untuk memburukkan dan menjejaskan pertahanan...

Remaja Sindrom Down Ditemui...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih 10 jam pencarian, remaja perempuan sindrom down yang...

Majlis Presiden PH Tak...

SHAH ALAM - Tiada rombakan Kabinet dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)...

4 Warga Asing Ditahan...

BENTONG - Empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta...

Ucapan Ketua UMNO Permatang Pauh Disalah Tafsir

KUALA LUMPUR – “Memang adat pemimpin politik adakalanya niat asal ucapan mereka disalah tafsir,” kata Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata, ucapan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada Perhimpunan Agung Umno 2014 baru-baru ini bukan menuduh semua kaum Cina di negeri itu terlibat dalam aktiviti haram.

Sebaliknya, kata beliau, Mohd. Zaidi cuma menyebut kadang-kadang ada segelintir kaum Cina di Pulau Pinang terlibat dalam aktiviti itu yang perlu dilihat secara menyeluruh.

“Ayat kadang-kadang ada segelintir orang Cina di Pulau Pinang itu ada konteks waktu dan situasinya. Ia bukan ayat semberono. Sebagai pemimpin berpengalaman di peringkat akar umbi, saya tidak fikir beliau akan membuat kenyataan politik yang membenci kaum lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Reezal Merican menjelaskan, UMNO Pulau Pinang tidak pernah mengenepikan atau menyemat elemen kebencian kepada mana-mana kaum kerana masalah yang timbul hanya dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang hipokrit, angkuh dan sombong.


“Itu memang tidak mampu kita sorok dan nafikan. Tetapi ini tidak bermakna kami ada masalah dengan rakan bukan berbangsa Melayu-Bumiputera yang lain. Itu hanya interpretasi dangkal seorang Ketua Menteri yang cetek akal dan mencari ‘modal politik segera,” dakwanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan Mohd. Zaidi mengenai ucapannya itu mengakhiri pelbagai spekulasi dan salah tanggap masyarakat kepada UMNO Pulau Pinang

Guan Eng semalam memakluman laporan polis akan dibuat terhadap Mohd. Zaidi kerana didakwa memfitnah kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2014.

Beliau mendakwa, Mohd Zaidi menuduh kekuatan politik dan ekonomi orang Cina di Pulau Pinang berpunca dari aktiviti ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori