Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keputusan TH Jual Semula...

BERA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan keputusan...

MAS Umum Peletakan Jawatan...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan Pengarah Komersialnya Dr Hugh Dunleavy meletak...

Video: Burung Gagak Sebut...

UMUM mengetahui burung kakak tua atau nuri disifatkan antara spesies unggas yang paling...

Pertandingan 3 Penjuru Bukan...

KUALA LUMPUR - PAS memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak menyalahkan PAS...

KKM Larang Penggunaan Produk Aman Liquid

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional Aman Liquid kerana dikesan mengandungi racun yohimbine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 27 September lalu berikutan pengesanan bahan racun itu.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, yohimbine adalah sejenis alkaloid yang kebiasaannya diperolehi daripdaa tumbuhan puasinystalia yohimbe dan digunakan dalam rawatan kegagalan erektil.

Bagaimanapun, katanya, yohimbine tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.

Jelasnya, penggunaan yohimbine secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, keresahan, insomnia, halusinasi dan mania.


“Yohimbine boleh memberikan kesan mudarat kepada golongan tertentu seperti perempuan mengandung, pesakit darah tinggi, jantung, buah pinggang atau hati,” katanya.

Justeru, katanya, penjual dan pengedar produk itu diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Jelasnya lagi, penjual adalah diingatkan pemilikan produk itu untuk jualan melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori