Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pemuda MCA Lancar Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA hari ini melancarkan kumpulan interaksi 'Female's Information Group'...

Iran Dakwa Tahan Pihak...

TEHRAN : Media kerajaan melaporkan pihak berkuasa Iran menahan anggota rangkaian dikaitkan dengan...

Adik Bongsu Mangsa Nahas...

MASIHKAH anda ingat insiden kemalangan maut di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang...

Jika Pengerusi Berhenti, Presiden...

KUALA LUMPUR - Berhubung kenyataan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tun...

Ubah Persepsi Tentang Sekolah Tahfiz – Johari

KUALA LUMPUR – Persepsi bahawa sekolah tahfiz merupakan tempat belajar bagi anak-anak yang mempunyai masalah disiplin dan gagal dalam bidang akademik perlu diubah.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata persepsi pihak tertentu itu bertentangan dengan tujuan utama sekolah tahfiz ditubuhkan iaitu melahirkan individu yang berpengetahuan dalam agama.

Katanya keyakinan yang rendah terhadap pengajian tahfiz dan kepercayaan bahawa pelajar tidak boleh berjaya adalah tidak benar kerana sekolah tahfiz telah membuktikan ramai pelajar yang berjaya dan dapat menyumbang pengetahuan agama kepada masyarakat.

“Mentaliti ini perlu diubah sekiranya kita mahu mengekalkan kualiti institusi keagamaan kita seperti sekolah tahfiz,” katanya ketika berucap pada program dialog bersama penduduk Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini.


Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri wakil surau, masjid, madrasah dan sekolah tahfiz dalam Parlimen berkenaan. – BERNAMA

Kategori