Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kapal Bawa Diesel Bernilai...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah kapal yang melakukan...

Jenazah Mangsa Lemas Di...

JOHOR BAHRU - Jenazah Allahyarham Muhammad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang mati lemas...

Pasca Bersih 4.0: Maria...

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok...

3 Cara Nak Elak...

Putus cinta bukan alasan untuk terus murung dan jatuh ke tahap yang lebih...

U Mobile : Akses Internet/Panggilan Percuma Pada 18 Disember Ini

U Mobile sebelum ini dilihat telah memulakan promosi dalam menarik lebih kurang 2 juta pelanggan ke perkhidmatan mereka.

Kini, U Mobile mengatakan telah mencapai target berkenaan, dan untuk menyambutnya, pihak U Mobile menyediakan beberapa promosi khas untuk pelanggan mereka.

Bersempena dengannya, dua perkara diberikan secara percuma oleh pihak U Mobile. Pertamanya adalah panggilan ke talian U Mobile lain tanpa had secara percuma sepanjang hari pada 18 Disember ini, dan satu lagi adalah akses internet tanpa had secara percuma pada tarikh yang sama.

Menurut U Mobile, mereka tidak akan mengurangkan kelajuan internet pada tarikh tersebut, dan menawarkan akses tanpa had pada tarikh tersebut.

Pengguna hanya perlu memastikan akaun mereka aktif pada tarikh berkenaan – dan ia boleh digunakan oleh pengguna pra-bayar, pascabayar dan juga U Mobile Broadband.


Jadi, bagi para pengguna U Mobile, jangan lupa tandakan kalendar anda untuk tarikh 18 Disember ini, dan menikmati promosi percuma yang ditawarkan oleh U Mobile ini.

Sumber: Vision2Million

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori