Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Final Piala AFF: 40,000...

KUALA LUMPUR - Debaran perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia...

Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia...

MADINAH - Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah tiba di...

80 Asnaf Terima Sumbangan...

Kuala Lumpur : Seramai 80 asnaf menerima sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam...

Video: Lepas Burung Unta...

PERASAN tak setiap kali ada perkara hangat jadi topik perbualan tak lama kemudian mesti...

Turun Harga Khidmat Telekomunikasi: MCMC Sambut Baik

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik gesaan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek kepada syarikat-syarikat telekomunikasi agar menurunkan harga perkhidmatan komunikasi sambil menyifatkan langkah berkenaan memanfaatkan pengguna untuk jangka masa panjang.

Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie berkata, harga berpatutan untuk perkhidmatan komunikasi seperti pakej jalur lebar bukan sahaja akan mengurangkan beban rakyat bahkan juga meningkatkan kadar pengambilan pakej sekaligus memastikan rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah tidak akan ketinggalan dalam era digital ini. Dengan kadar harga jalur lebar yang berpatutan, ia akan mewujudkan lebih banyak permintaan untuk kandungan lantaran merangsang pertumbuhan industri kandungan tempatan.

Sehubungan itu, kata beliau, MCMC akan melaksanakan kajian semula terhadap kadar runcit dan akan bekerjasama dengan pihak industri bagi membangunkan harga pakej jalur lebar yang berpatutan demi manfaat jangka panjang pengguna.

“MCMC juga bercadang untuk mengadakan siri perbincangan dengan pihak industri pada suku kedua tahun ini mengenai kawal selia harga runcit bagi memastikan peraturan-peraturan adalah selaras dengan perkembangan semasa, sesuai dengan sektor Komunikasi dan Multimedia yang kian berkembang,” jelas Dr. Halim.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan
matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.


MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Tel: +603 8688 8000
Faks: +603 8688 1007
Emel: [email protected] – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori