Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

KDN Bantu Bekas Banduan...

JOHOR BAHRU — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berusaha untuk membantu bekas banduan...

Mahathir Kata Tak Pernah...

KUALA LUMPUR - "Masa tu tidak salah guna undang-undang. Sekarang ini lapor kesalahan...

Wujudkan Pusat Sehenti Untuk...

KOTA KINABALU - Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET) Nurul...

Jalan Utama Ke Mersing...

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif...

Tuntutan Tak Dilayan UM, Mahasiswa Rancang Kemuka Saman

Setelah tuntutan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan Univeriti Malaya (UM) tidak dilayan, mahasiswa yang dihukum kerana menganjurkan pidato bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, Khairol Najib Hashim yang juga salah seorang dalam kumpulan yang menggelar diri mereka UM8, tindakan tersebut bakal diambil kerana ia merupakan jalan terakhir yang ada.

Memetik kenyataannya dari portal The Malaysian Insider, “Protes ‘Occupy UM’ berakhir petang semalam, tetapi tuntutan kami supaya hukuman dan denda yang dikenakan terhadap UM8 ditarik balik tidak dilayan.

Walaupun ramai pelajar mengambil bahagian di dalam protes ini dengan berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur universiti, pihak berkuasa yang berkaitan tidak memberi sebarang respon.”

Tambahnya lagi, mereka cuba untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof, Datuk Dr. Rohana Yusuf namun individu tersebut tiada.

Semalam, lebih kurang 70 pelajar universiti itu berarak dari pintu gerbang (arah Kuala Lumpur) menuju bangunan pentadbiran bagi bertemu dengan Rohana, namun tidak berhasil.


Daripada kesemua lapan mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib, hanya seorang sahaja yang digugurkan pertuduhan manakala Khairol cuma diberi amaran.

Empat individu lagi dikenakan denda RM150 manakala hukuman penggantungan pengajian selama dua semester dikenakan kepada bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol serta Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin.

Masing-masing juga dikenakan dendan berjumlah RM600 (Fahmi) dan RM300 (Safwan). – MYNEWSHUB.CC

Perarakan Mahasiswa UM Ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar

https://www.youtube.com/watch?v=Un_qc21iKnA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori