Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PLUS Keluarkan TTA Elak...

KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu...

Mangsa Pemerdagangan Manusia Dakwa...

SEORANG wanita berusia 23 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sebanyak 43,200 kali...

VIDEO: Inilah Cara Terbaik...

BUDAK-BUDAK nakal pastinya akan segera insaf sekiranya digertak dengan cara sebegini.Dalam video luar negara di...

Makan Otak Tupai, Mati...

NEW YORK: Bukan saja buat baik berpada-pada, malah makan pun kena berpada-pada. Satu laporan...

Tumpaskan Pahang Buat Suntikan Semangat Melaka United

MELAKA United melengkapkan siri perlawanan persahabatan mereka dengan kemenangan ke atas pasukan Pahang, sekali gus membuktikan keseriusan mereka untuk mencabar pasukan lain dalam saingan Piala Malaysia.

Kemenangan 2-1 ke atas Tok Gajah merupakan kemenangan kedua Melaka United selepas menundukkan ATM 3-2 minggu lalu serta seri 2-2 dengan gergasi bola sepak Malaysia, Selangor, dua minggu lalu.

Membariskan beberapa pemain baru, termasuk Yashir Pinto, Alesandru Tudose, Ahmad Khuzaimie Piee dan Feris Danial dalam kesebelasan utama, ini merupakan persiapan terakhir Melaka United sebelum saingan Piala Malaysia bermula 12 Julai hadapan.

Sambil menyifatkan kemenangan ke atas Pahang sebagai suntikan semangat, Pengurus, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, persembahan yang ditunjukkan anak buahnya memberi meyakinkannya bahawa Melaka United kini sudah bersedia untuk saingan Piala Malaysia dan pusingan kedua Liga Perdana.

Menurutnya, beliau turut berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain-pemain baru Melaka United walaupun beliau mengakui persefahaman antara pemain masih belum mencapai tahap memuaskan.

Katanya, melihat kepada corak persembahan pemain ketika ini, beliau yakin Ketua Jurulatih, Mat Zan Mat Aris mempunyai pilihan lebih luas memilih pemain kesebelasan utama nanti.


Dalam pertemuan dengan Pahang di Stadium Hang Jebat Sabtu lalu, Melaka United membuka jaringan menerusi sepakan penalti Spasojevic pada minit ke-19 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Tok Gajah.

Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi satu sepakan percuma kira-kira 25 meter di luar kotak penalti Melaka United sebelum Feris Danial membolosi gawang Pahang sembilan minit kemudian untuk gol kemenangan.

Melaka United akan memulakan kempen Piala Malaysia menentang Terengganu di Stadium Hang Jebat 12 Julai ini sebelum bertandang ke Stadium Selayang empat hari kemudian untuk berhadapan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana. -SINAR HARIAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori