Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ubah Laporan 1MDB: PAC...

KUALA LUMPUR – Pasukan auditor yang menyiapkan laporan audit 1MDB pada 2016 yang...

‘Dab Pose’ Mat Moto...

WALAUPUN larangan untuk tidak memberhentikan kenderaan di sepanjang jambatan Pulau Pinang bagi tujuan...

Buat Pilihan Atas Kewarasan...

KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihati rakyat agar membuat...

Doping: Chong Wei Menanti...

PERJALANAN masa menyaksikan 2014 telah pun berlalu bagi memberi ruang buat tahun 2015...

Tumpahan Minyak Boleh Jejas Habitat Marin – Aktivis

JOHOR BAHRU – Tumpahan minyak di timur Selat Johor berhampiran Pelabuhan Pasir Gudang akibat pelanggaran dua kapal kontena, Selasa lepas dibimbangi menjejaskan habitat marin di kawasan berkenaan.

Penasihat Persatuan Pencinta Alam Malaysia Johor (MNSJ), Vincent Chow berkata selain ikan, kawasan berkenaan juga kaya dengan hidupan kupang.

“Selat Johor bukan laut terbuka…kita bimbang pencemaran minyak akan berterusan apabila air pasang.

“Berikutan ketika ini adalah musim monsun, kita turut bimbang angin akan menghanyutkan tumpahan minyak yang akan mengancam pokok bakau di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Chow percaya pasukan tindak balas Johor Port Bhd dengan kerjasama agensi di kawasan terbabit sudah mencari kaedah terbaik bagi menangani kejadian supaya pencemaran tidak bertambah buruk.

“Johor Port sudah tentunya sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi apa jua keadaan termasuk mengadakan perjumpaan dengan nelayan. Ini berikutan kedudukan perairan itu yang sentiasa sibuk dengan kapal perdagangan,” kata Chow.


Sementara itu, pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Maketab Mohamed berkata beliau bimbang tumpahan minyak akan menyebabkan ternakan ikan dalam sangkar terjejas.

“Selain nelayan tidak dapat turun ke laut, terdapat juga nelayan yang menjalankan ternakan ikan dalam sangkar khususnya siakap. Sudah tentu mereka akan kerugian,” katanya.

Dalam kejadian 11.01 malam Selasa lepas, kapal Wan Hai 301 yang didaftarkan di Singapura terputus bekalan elektrik menyebabkan ia tidak dapat dikawal dan melanggar bahagian kanan tangki kapal APL Denver yang mengakibatkan tumpahan minyak sehingga ke Pulau Ubin, Singapura.

Menurut Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan, tangki minyak APL Denver berkapasiti 300 tan metrik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori