Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MAIWP Depositkan Zakat Kepada...

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendepositkan bayaran zakat kepada kira-kira...

Suspek Kes Bunuh Di...

BANGKOK – Beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di...

“Bukan Soal Kalau Tak...

SEJAK mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Muhammad Radzi Wahid atau Ude,...

TMJ Beri Lembu Kepada...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengagihkan lembu...

Tukang Urut Mengaku Tidak Bersalah Mencabul

JOHOR BAHRU Seorang tukang urut hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang pesakitnya pada 7 Mei lepas.

Ramlee Abdullah, 53, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pasakit perempuannya yang berusia 20 tahun, di sebuah rumah di Jalan Titiwangsa 13, Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira 9.30 pagi pada 7 Mei.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Mohd Nasir memohon jaminan RM8,000 namun pihak pembelaan meminta ia dikurangkan berikutan tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebulan selain mempunyai seorang isteri dan enam anak berusia antara sebulan dan 13 tahun yang perlu ditanggung.


Mohd Azlan kemudian memutuskan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen kes ditetapkan pada 13 Jun ini.

Tertuduh diwakili peguam Datin Freda Josephine Gonzales. – BERNAMA

Kategori