Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Jambatan Maut Viral’ Mula...

KUANTAN - Kerja pembinaan jambatan gantung baharu di Kampung Pamah Aur, Lipis yang...

Selangor Umum Belanjawan 2023...

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion merangkumi...

Akta MKN Tak Beri...

HUTAN MELINTANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

MB Perak Gagal Dapat...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan...

Tukang Rumah Didakwa Rogol Anak Tiri

KUALA LUMPUR – Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya.

Lelaki berumur 32 tahun itu didakwa merogol anak tiri perempuannya yang berusia 15 tahun 11 bulan, di sebuah rumah di Ampang Jaya, di sini pada 3 petang antara hujung Februari dan 1 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan serius selain kemungkinan tertuduh akan mengganggu mangsa yang merupakan anak tirinya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan dia yang mempunyai tiga anak kandung dan pendapatan yang tidak menentu perlu menyara keluarga.


Hakim Azrul Darus membenarkan lelaki itu diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat supaya tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 3 Jun untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori