Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Penipuan Dalam Talian...

KUALA BERANG - Mangsa penipuan urus niaga dalam talian harus tampil ke hadapan bagi memudahkan proses...

Jerteh Bakal Jadi Pusat...

BESUT – Setelah pelancaran projek mega Gerbang Pelancongan Antarabangsa Terengganu bernilai RM250 juta...

Dera Anak Kandung Kerana...

KOTA BHARU - Dicucuh dengan api rokok dan kulitnya ditoreh guna pisau. Itu penderitaan...

Rekod 110m Berpagar Dilebur...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Rayzam Shah...

7 Remaja Lumba Guna Basikal Lajak Ditahan Polis

GEORGE TOWN – Polis menahan tujuh remaja lelaki yang sedang berlumba basikal lajak di Jalan Taman Pasir Belanda, Teluk Kumbar dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan berkata kesemua remaja berusia antara 13 hingga 14 tahun itu ditahan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan pada pukul 6.30 petang.

“Polis mengambil tindakan segera dengan menahan tujuh pelajar tingkatan satu dan dua sekolah menengah itu dan memanggil ibu bapa mereka untuk disaman. Kesemua mereka dibebaskan selepas itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga memaklumkan penahanan mereka kepada pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan pihak sekolah.

Berdasarkan siasatan remaja berkenaan dipercayai menghabiskan sehingga RM500 untuk mengubah suai basikal lajak mereka. – BERNAMA

Kategori