Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

24 Pelajar Maktab Mahmud...

SIK: Seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik di sini, disahkan positif COVID-19...

Kemenangan Tun M Tak...

LANGKAWI - Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan...

Selepas Korea dan China,...

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Rasanya perumpamaan itu sesuai digambarkan berkaitan isu...

Bersih, Baju Merah Tak...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan bahawa Bersih dan kumpulan...

Tugas Berat Kim Swee Kembalikan Reputasi Skuad Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berdepan tugas mencabar memperbaiki ranking dunia pasukan kebangsaan berikutan prestasi tidak menentu pemain, malah pernah diaibkan kekalahan besar.

Dibarisi pemain dianggap ‘kurang berjiwa besar’, langkah pertama Kim Swee pastinya menjadi perhatian khususnya dalam memilih barisan yang mampu dijadikan sandaran merealisasikan impian berada dalam kelompok 140 pasukan terbaik dunia dalam tempoh dua tahun, daripada posisi 171 ketika ini.

Kontrak dua tahun untuknya bukan tempoh yang panjang tapi ujian besar menantinya dalam masa 10 bulan lagi dengan sasaran pertama di Kejohanan Piala AFF 2016 yang dianjurkan bersama Myanmar dan Filipina dari 19 Nov-16 Dis.

Bagi pengendali Johor, Muhd Azuan Mohd Zain, beliau bimbang prestasi skuad kebangsaan akan kembali merudum sekiranya pemain veteran yang gagal memberi impak kepada pasukan terus mendapat tempat.

“Bagi saya, sudah tiba masanya Kim Swee memberi peluang kepada pemain muda seperti bekas pemain skuad Harimau Muda (B-22) mewakili pasukan senior kerana ada antara mereka sudah layak.

“Jika Kim Swee masih bertegas mahukan pemain senior, pastikan mereka berusia 30 tahun ke bawah dan benar-benar mahu mengharumkan nama negara,” jelas Muhd Azuan sambil menambah kedudukan ranking ke-140 sukar dicapai sekiranya pemain kebangsaan masih tidak mengubah corak permainan mereka.

Beliau turut menasihatkan pemain yang bakal dipilih Kim Swee supaya mengubah pemikiran ke arah mencapai kejayaan seperti pasukan gergasi Asia yang lain.

Pandangan Muhd Azuan turut dikongsi Datuk Peter Velappan yang mahu pemain yang terpilih mempunyai ‘mental kejayaan’ apabila berdepan lawan handalan seperti Korea Selatan dan Jepun.

Bagi bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu, apa yang lebih penting adalah untuk pemain menguatkan aspek mental mereka terlebih dahulu.


Velappan yang memainkan peranan penting sebagai jurulatih dan pengurus yang membimbing pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Munich 1972, turut mahukan pemain tempatan berusaha keras meningkatkan aspek teknikal permainan.

“Sebagai contoh, lihat bagaimana skuad wanita Jepun mampu menjuarai Piala Dunia Wanita 2011 (di Jerman). Mereka sanggup berlatih dengan skuad lelaki senior negara itu dan sentiasa mahu meningkatkan skil sewaktu latihan.

“Bagi saya, sekalipun jika kita mengambil jurulatih terkemuka dunia, skuad negara tetap tidak akan ke mana jika skil pemain masih di tahap sama,” kata Velappan yang pernah melatih pasukan kebangsaan tiga kali – 1963, 1966 dan 1968.

Isnin lepas, FAM mengumumkan pelantikan Kim Swee, 45, sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya dengan beberapa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) perlu dicapai jurulatih berkenaan.

Antaranya membimbing Malaysia muncul juara Piala AFF 2016 dan menaikkan kembali ranking Malaysia daripada kedudukan ke-171 ke 140 dunia.

Kim Swee turut bertanggungjawab mempersiapkan skuad kebangsaan ke beberapa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, selain membantu pengendali baharu skuad B-23 negara, Frank Bernhardt membimbing pasukan berkenaan pada Sukan SEA 2017. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori