Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Polis Trafik Kantoi...

WALAUPUN kerajaan kini sedang hebat membanteras gejala rasuah, namun masih ada lagi aktiviti...

Lelaki OKU Dihadapkan Ke...

TAMPIN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam, hari ini dihadapkan ke...

Selain Bom, Jangan Sebut...

Philadelphia – Selain perkataan bom, jangan sesekali anda menyebut mengenai Ebola ketika menaiki...

SST Bolehkan Rakyat Berbelanja...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan...

TUDM Buat Penerbangan Ihsan Bawa Anggota TLDM

SANDAKAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengalami lumpuh separuh badan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Anggota itu, Mohd Hata Salleh, 33, berasal dari Mersing, Johor, mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya di Batu 4, Sandakan pada 21 Sept lepas.

Beliau merupakan Bintara Teknikal kepada Skuodron Bot Kombat (CB90 HEX) yang berpengkalan di Markas Pangkalan Hadapan TLDM Sabah Timur (MPHST).

Pesawat C-130 TUDM yang melakukan ‘Medical Evacuation’ (MEDEVAC) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan ke Pangkalan Udara Subang pada jam 3.30 petang ini.

Panglima Pangkalan Hadapan, Laksamana Pertama, Datuk Saifudin Kamarudin berkata Mohd Hata menerima rawatan di Hospital Sandakan selama 28 hari selepas kemalangan itu.


Saifuddin berkata secara kebetulan pesawat TUDM itu dalam rangka menghantar bekalan logistik di Tawau, Sandakan, Labuan, Kota Kinabalu dan Butterworth sebelum ke Subang dan membuat penerbangan ihsan itu.

Katanya disebabkan penerbangan ihsan itu mengambil masa yang panjang, pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menghantar Dr. Liew Suet Lai bagi mengiringi dan memantau keadaan pesakit.

Turut mengiringi pesakit adalah ibu dan adiknya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori