Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Undur Diri, AJL32 Pentas...

DENGAN kemenangan bagi kategori Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) menerusi...

Husni Diperlakukan Sebagai ‘Office...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi...

Nurul Izzah Lepas Jawatan...

KETIKA tersebar khabar angin satu kumpulan ahli Parlimen PKR akan melompat ke PPBM...

Mohon i-Sinar KWSP Sebelum...

KUALA LUMPUR - Permohonan kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat...

Trump Tarik Diri Krisis Di Syria

FLORIDA – Presiden Donald Trump dilapor memberitahu penasihatnya bahawa beliau mahu menarik balik penyertaan tentera Amerika Syarikat dari Syria dan tindakannya itu dijangka menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pentadbiran tertinggi negara itu.

Pentadbiran Amerika Syarikat sebelum ini mengesahkan laporan Wall Street Journal pada Jumaat lalu, bahawa Trump mengeluarkan arahan kepada Jabatan Negara untuk membekukan dana bantuan AS$200 juta (RM772.5 juta) kepada Syria.

Keputusan itu dibuat ketika Washington menilai semula peranan mereka dalam menangani konflik di wilayah terbabit.

Akhbar itu yang memetik pegawai kanan berkata, tindakan membekukan dana itu dibuat susulan laporan media bahawa Amerika Syarikat bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak AS$200 juta (RM772.5 juta) kepada Syria.

“Pegawai terbabit berkata keputusan itu adalah selaras dengan deklarasi yang dibuat dalam ucapan Trump di Richfield, Ohio pada Khamis lalu yang menyatakan keinginan Amerika Syarikat untuk keluar dari Syria,” lapor akhbar itu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori