Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Institusi Perbankan Perlu Main...

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan dan kewangan harus memainkan peranan bersama dalam membina...

Bangunan Makmal Patologi HKL...

GEMPAR... Sebuah bangunan dipercayai makmal patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) di ibu negara...

Pengetahuan IT Perlu Diterap...

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan Malaysia perlu menyemai pengetahuan dalam teknologi komunikasi dan...

Kertas Siasatan Kes Kartunis...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan berhubung kartunis politik kontroversi, Zunar, yang mengadakan pameran...

Trump Kenakan Kawalan Ketat Ke Atas Pelarian

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka kembali menerima permohonan pelarian, tetapi menambah peraturan baharu bagi memperketatkan lagi proses tapisan pemohon, khususnya dari 11 negara “berisiko tinggi”, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Menurut memo yang dihantar kepada Kongres, proses permohonan oleh pelarian dari 11 negara tersebut akan tertakluk di bawah kelewatan sementara.

Semua pemohon perlu melalui proses tapisan lebih ketat oleh beberapa agensi kerajaan, yang akan mempertimbangkan mengenai kemungkinan ancaman keselamatan ditimbulkan pelarian.

Dalam perintah eksekutif baharunya, Trump mengumumkan beliau memulakan kembali menerima permohonan pelarian selepas tempoh 120 hari tamat.

Menurut pegawai, tempoh larangan 120 hari itu, digunakan untuk melaksanakan pemeriksaan tapisan lebih ketat, mendapatkan maklumat peribadi terpeinci, mengenalpasti permohonan bermasalah dan meningkatkan perkongsian maklumat untuk menolak pemohon yang tidak sesuai.

Selain itu, akaun media sosial milik pelarian juga diperiksa.


Sehingga penghujung tahun 2016, pemeriksaan keselamatan lebih ketat dikenakan ke atas kebanyakan lelaki dewasa warga Mesir, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria dan Yaman, serta penduduk Palestin yang tinggal di negara tersebut.

Tidak dapat dipastikan 11 negara yang dirujuk dalam perintah eksekutif Trump itu, adalah sama dengan senarai sebelum ini. – BERNAMA

Kategori