Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpaskan ‘Geng Amir’...

KEMAMAN - Berpakaian wanita, berjubah dan berpurdah itu antara modus operandi yang digunakan...

PATI Semakin Kurang Di...

GUA MUSANG - Lebih banyak peluang pekerjaan menanti masyarakat Orang Asli di sekitar...

Utusan Setuju Selesai Kes...

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) hari ini bersetuju untuk menyelesaikan...

PRK DUN Seri Setia...

TEMERLOH - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia menjadi ujian...

Trump Desak NATO Bayar Kos Pertahanan

BRUSSELS – Presiden Donald Trump meminta negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya membayar kos pembiayaan pertahanan yang dikeluarkan negara itu, sebaik sahaja beliau tiba di sini, bagi menghadapi sidang kemuncak perikatan itu.

Ketibaan Presiden Amerika Syarikat di sini, dengan menaiki pesawat Air Force One turut disambut dengan amaran keras dari pegawai kanan Kesatuan Eropah yang mahu Washington lebih menghormati sekutunya.

Kesemua pemimpin 28 anggota perikatan NATO berharap dapat mencapai persetujuan mengenai beberapa perkara, di sebalik wujud ketegangan membabitkan isu merentas atlantik, terutama selepas beberapa kritikan yang dikeluarkan oleh Trump berhubung perbelanjaan pertahanan.

“Kebanyakan negara di dalam NATO, yang mengharapkan pertahanan dari kami, bukan sahaja gagal melaksanakan komitmen sebanyak dua peratus (sangat rendah), tetapi juga gagal membayar tunggakan selama beberapa tahun.

“Bila mereka akan membuat pembayaran kepada Amerika Syarikat,” kata Trump di Twitter ketika pesawat Air Force One masih dalam perjalanan ke Brussels. – AFP/BH ONLINE

Kategori