Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

UPP Tahan 53 Pati...

PADANG BESAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar menahan berkas 53 pendatang...

Empat Anggota TLDM Hadapi...

LUMUT - Seorang Laskar Kanan TLDM Mohd Izhrifikri Roslee, yang didakwa pada Jumaat...

Fahami Perlembagaan UMNO Sebelum...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO perlu memahami perlembagaan parti sebelum mengambil sebarang tindakan...

PUNB Minta MAHB Kaji...

SEPANG - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB)...

Tren Ekspres Timuran Dijangka Lewat Lebih 2 Jam

KUALA LUMPUR – Tren Ekspres Timuran dijangka mengalami kelewatan melebihi dua jam susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di km392.5 antara Bukit Abu-Dabong, Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata penumpang yang terjejas boleh membuat tuntutan pemulangan tambang atau menukar semula tarikh perjalanan.

“Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No.26 (Johor Bahru Sentral-Tumpat), perkhidmatan tren hanya disediakan hingga ke Stesen Gua Musang dan penumpang boleh meneruskan perjalanan dari Stesen Gua Musang ke Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat menggunakan bas yang disediakan oleh pihak KTMB.

Bagi perjalanan Ekspres Timuran No.27 (Tumpat-Johor Bahru Sentral), perkhidmatan itu akan bermula dari Stesen Gua Musang sahaja dan penumpang boleh meneruskan perjalanan ke Johor Bahru Sentral menggunakan tren.


Siti Badariah berkata semua perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Krai masih lagi digantung sehingga dimaklumkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau layari laman sesawang kami di www.ktmb.com.my.

Dalam kejadian tanah runtuh pagi semalam, sebuah kereta api antara bandar dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir. Kesemua 33 penumpang dan empat kru kereta api itu selamat tanpa kecederaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori