Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aksesori Comel Mengubah Peranti...

FUNGSI lampu suluh pada peranti pintar adalah sangat penting bagi kami.Buat golongan yang...

Hala Tuju Baharu RMK11...

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka hala tuju baharu Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)...

Lelaki Kutip Bunga Maut...

SEORANG lelaki yang sedang memetik sejenis bunga untuk dijadikan minuman keras, maut selepas...

Selesaikan Sendiri Isu Jam...

BANGKOK - Kontroversi berkaitan jam tangan mewah yang dipakai Timbalan Perdana Menteri, Jeneral...

Transformasi Ekonomi Hasil Sumbangan Masyarakat

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah kejayaan cemerlang Malaysia dalam melaksanakan transformasi ekonomi dan sosialnya dicapai hasil daripada sumbangan masyarakat majmuk negara ini.

Ketika melancarkan buku tulisan baginda bertajuk,’Charting the Economy’, Sultan Nazrin Shah bertitah perkara itu adalah antara pengajaran penting yang baginda peroleh ketika membuat kajian tentang sejarah ekonomi negara ini untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah di Harvard University.

“Kemakmuran dan pembangunan luar biasa yang terhasil daripada pengorbanan, inovasi dan bakat mereka ini sepatutnya memberi ilham kepada generasi semasa rakyat Malaysia dan generasi akan datang serta dijadikan iktibar oleh masyarakat pelbagai budaya lain.

Berkongsi pengalaman baginda dalam buku setebal 234 halaman itu, Sultan Nazrin Shah bertitah kekaguman baginda tentang sejarah ekonomi Malaysia bermula hampir satu generasi lampau semasa baginda mengikuti pengajian peringkat PhD, di mana baginda berazam untuk membuat penyelidikan bagi mendalami lagi pengetahuan baginda tentang transformasi ekonomi yang dilalui negara ini pada abad ke-20.

“Setelah menamatkan pengajian di Harvard, Beta memulakan projek penyelidikan untuk meneruskan siasatan Beta. Buku ini merupakan naratif tentang dapatan itu,” titah baginda.

Dalam pendahuluan buku itu, seorang daripada penyelia PhD Sultan Nazrin, Prof Dwight H. Perkins berkata sejarah ekonomi Malaysia sejak Merdeka merupakan kisah mengenai penggunaan ekonomi berasaskan sumber untuk melakukan penambahbaikan secara besar-besaran terhadap kehidupan rakyat Malaysia.


“…dan pada waktu itu, mengubah ekonomi daripada berasaskan sumber kepada berasaskan pembuatan dan perkhidmatan, yang akhirnya membolehkan Malaysia menganggotai kelompok negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Berlandaskan dokumen arkib sebagai sumber utamanya, buku berkenaan membentangkan anggaran baharu mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dalam empat dekad pertama abad ke-20.

Ia adalah tempoh ketika ekonomi bergantung kepada komoditi yang dikawal penjajah Inggeris dan berbeza dengan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan pada era kontemporari Malaysia.

Buku terbitan Oxford University Press itu boleh didapati di kedai buku MPH pada harga RM99.90 senaskhah. – BERNAMA

Kategori