Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Curi Barangan Kemas Ibu...

Ampang Jaya : Bahana akibat berhutang dengan along kerana ketagih berjudi menyebabkan seorang...

Penculikan Di Sabah: Malaysia...

KOTA KINABALU - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia akan menghubungi...

SPRM Kelantan Tahan 33...

KOTA BAHARU - Seramai 33 suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan...

Anwar Ibrahim Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa dirinya...

Tranformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menjadikan Malaysia negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan, sosial dan inovasi.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, TPA 2.0 mengambil kira cabaran akan datang termasuk megatrend seperti Industri Revolusi 4.0, kepintaran buatan (AI), urbanisasi, masyarakat yang semakin menua, ketahanan nasional dan ekspektasi rakyat.

“Perkhidmatan awam perlu memanfaatkan megatrend, AI dan Industri Revolusi 4.0. Satu daripada perkara lazim yang akan dihadapi perkhidmatan awam tidak lama lagi adalah perpindahan pekerjaan. Bagaimanapun, pada masa sama akan ada pengwujudan kerja. Pekerjaan baharu akan diwujudkan. Jadi, jangan bimbang kalau-kalau tiada pekerjaan di masa depan,” katanya dalam wawancara bersama media terpilih di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Zainal Rahim berkata TPA 2.0 berkemungkinan membawa lebih banyak pekerjaan yang lebih baik bagi rakyat Malaysia untuk memperoleh pendapatan lebih tinggi di masa depan, dan antaranya adalah saintis data serta pakar pengurusan data.

Menurutnya, antara pembaharuan dijangka dibawa TPA 2.0 ialah temuduga JPA tidak lagi berlangsung di pejabat sebaliknya calon boleh berada di rumah dan dijalankan secara dalam talian.

k rumah dan pakai baju elok-elok. Boleh dijalankan secara online. Mereka yang berjaya mendapatkan biasiswa juga mungkin JPA tidak akan hantar surat lagi, nama akan disiarkan secara online sahaja,” katanya.

Beliau berkata JPA sudah menyiapkan pelan induk khusus mengenai TPA 2.0 selain membuat kajian tentang masa depan Perkhidmatan Awam Malaysia menjelang 2020 dan tempoh selepas itu.

“TPA 2.0 memberi penekanan kepada penginstitusian dan pembudayaan transformasi serta libat urus di segenap peringkat kementerian dan agensi. Ia memerlukan perubahan yang bersesuaian ke atas struktur perkhidmatan awam, kaedah penyampaian perkhidmatan, pengurusan modal insan dan pengoptimum sumber termasuk kewangan,” katanya.


Zainal Rahim berkata TPA 2.0 memberi penekanan kepada pelaksanaan inisiatif transformasi yang berteraskan kepada keperluan rakyat mengikut teras perkhidmatan setiap kementerian atau agensi.

“Ini bagi memastikan transformasi tersebut menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat, mengutamakan keberhasilan dan melaksanakan inisiatif yang berasaskan hasil,” katanya.

Beliau berkata peranan dan komitmen ketua-ketua jabatan atau pemimpin perkhidmatan awam adalah amat penting dalam merealisasikan kejayaan TPA 2.0 kerana mereka perlu menentukan hala tuju yang jelas dengan mengambil tanggungjawab, berani membuat perubahan, menjadi penghubung dan pemudahcara antara pemimpin dan rakyat.

“Jalinan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan, pihak swasta dan organisasi berasaskan komuniti perlu diperkukuhkan melalui kolaborasi strategik. Agensi-agensi kerajaan perlu meruntuhkan tembok silo kepada pentadbiran secara kolaborasi dan berbentuk rangkaian dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Menurutnya, TPA 1.0 yang diperkenalkan mulai 2013 berjaya mengurangkan kerenah birokrasi sekaligus meningkatkan persepsi positif rakyat kepada perkhidmatan awam.

Antara contoh kejayaan TPA ialah permohonan dan pembaharuan kad pengenalan, pasport dan cukai jalan yang kini boleh dilakukan dalam masa satu jam dan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam perkhidmatan awam yang menghasilkan penyampaian servis awam yang efektif seperti penubuhan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar. – BERNAMA

Kategori