Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerebu: 3 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Tiga kawasan kembali merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Aura Ucapan Tegas Najib...

BAGI yang rajin suka baca cerita politik ‘kedai kopi’ menerusi Facebook, portal berita...

Wanita Kurang Siuman Bakar...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita dipercayai kurang siuman yang membakar sampah di...

Anggota Bomba Kerja Hari...

PUTRAJAYA - Selain warga Malaysia di luar negara yang berdaftar dengan pihak kedutaan,...

Trafik Sesak Di Lembah Klang Akibat Banjir

PETALING JAYA – Hari pertama pelajar kembali ke sekolah selepas cuti selama seminggu menyaksikan penduduk sekitar Lembah Klang berdepan kesesakan lalu lintas pada awal pagi terutamanya di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP).

Pada awal pagi Isnin, trafik Star Media Radio melaporkan beberapa kawasan dilanda hujan yang memberi amaran awal bakal berlakunya kesesakan di beberapa laluan utama.

Keadaan trafik di LDP sesak dari Bandar Sri Damansara ke Taman Tun Dr Ismail dan Petaling Jaya.

Pegawai mengesahkan kerja penurapan jalan berhampiran tol Penchala dan Damansara Perdana menyebabkan lorong kiri terhalang.

Trafik Star Media Radio berkata kesesakan di LDP turut menjejaskan laluan di MRR2, dari Taman Metropolitan Kepong dan Jalan Kuala Selangor dari Stesen KTM Sungai Buloh.

Trafik di NKVE dilaporkan bergerak perlahan antara tol Damansara dan Kayu Ara serta Jalan Loke Yew antara Taman Miharja dan Jalan Kinabalu.

“Trafik sesak di sepanjang Jalan Kuching dari Selayang menuju persimpangan Sultan Ismail,” kata trafik Star Media Radio di laman Twitternya kira-kira pukul 8.19 pagi.


Di KLANG, hujan lebat pada pagi Isnin menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir terutamanya dekat stesen KTM Pelabuhan Klang.

Paras air naik setinggi 20 sm dekat stesen dan beberapa kawasan laluan masuk ke terminat feri Southpoint.

Menurut Khairul Nizam Zam, seorang anggota Rela yang ditempatkan di terminal itu, hujan turun sejak pukul 5.30 pagi.

“Air meningkat dengan cepat dan menenggelamkan laluan masuk dalam masa 15 minit,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori