Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

42 Pusat Tahfiz Di...

KOTA KINABALU - Sebanyak 42 pusat tahfiz telah berdaftar sebagai skuad bomba tahfiz...

Dipukul Kerana Berdengkur Terlalu...

YAN’AN (China) - Seorang pelajar retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepas dipukul...

Bapa ‘Binatang’ Sanggup Perkosa...

SEORANG lelaki direman tujuh hari mulai hari ini, selepas disyaki merogol anak kandungnya...

Virus Zika: Wanita Colombia...

PRESIDEN Colombia, Juan Manuel Santos mengesahkan 25,645 individu dikesan menghidap virus Zika di sana dengan...

Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan setakat 1 tengah hari berikutan orang ramai yang mula pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di utara trafik perlahan sepanjang 10 kilometer (km) di Sungai Petani Utara menuju ke Gurun berikutan kemalangan maut di km 85.0 melibatkan sebuah motosikal.

Menurutnya, trafik turut bergerak perlahan di Kuala Kangsar menuju Changkat Jering, Jelapang ke Terowong Menora, Tapah ke Gopeng, Bidor ke Tapah dan Slim River menuju Sungkai.

“Trafik di arah selatan masih lagi terkawal dan lancar kecuali di Senai Utara menuju Kulai dan di Tambak Johor dari Singapura menuju Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bergerak lancar dan terkawal setakat ini.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori