Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran PBS Menerusi JBPM...

BELAGA - Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

PM Panggil Semua MB,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil semua Menteri Besar dan...

Kisah Pak Cik Yahya.....

TERSENTUH hati kami membaca kisah dari seorang lelaki bernama Amer Irham tentang pengalamannya bertemu...

Jabatan Penerangan Perlu Aktif...

GEORGE TOWN - Jabatan Penerangan perlu lebih aktif memerangi segala fitnah dan tohmahan...

Trafik Penumpang MAHB Meningkat 3.4% Pada April

KUALA LUMPUR – Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Sabiha Gokcen Airport Istanbul (SGIA) mencatat peningkatan bilangan penumpang sebanyak 3.4 peratus kepada 11.1 juta penumpang pada April 2018 berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MAHB berkata aliran trafik penumpang antarabangsa meningkat 6.3 peratus bagi tahun ke tahun kepada 5.3 juta penumpang manakala domestik bertambah 0.9 peratus kepada 5.8 juta penumpang berbanding tempoh sama sebelumnya.

“Bagi asas 12 bulan sebelum ini, keseluruhan rangkaian lapangan terbang MAHB merekodkan pertumbuhan 6.6 peratus dengan 130.4 juta penumpang iaitu trafik tertinggi pernah dikendalikan rangkaian lapangan itu dalam tempoh berkenaan,” katanya.

MAHB berkata pergerakan pesawat secara keseluruhannya meningkat 3.3 peratus bagi tahun ke tahun dengan pergerakan antarabangsa mencatat pertumbuhan 8.4 peratus bagi tahun ke tahun manakala pertumbuhan domestik naik 0.3 peratus pada April 2017.

Sementara itu di peringkat tempatan, ia berkata lapangan terbang di Malaysia merekodkan 8.2 juta penumpang pada April 2018 iaitu pertambahan 0.6 peratus berbanding tempoh sama sebelum ini.

“Sektor antarabangsa menyaksikan pertambahan 5.0 peratus kepada 4.3 juta penumpang dengan manakala sektor domestik merekodkan 3.9 juta penumpang iaitu susut 3.9 peratus bagi tahun ke tahun,” katanya.

Menurut MAHB, pada April 2018, pergerakan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) naik 2.3 peratus tahun ke tahun kepada 5.1 juta penumpang, klia2 meningkat 6.7 peratus manakala aliran di terminal utama KLIA sebaliknya susut 2.4 peratus bagi tahun ke tahun.


“Jangkaan peningkatan pergerakan udara akibat faktor pilihanraya umum ternyata tidak berlaku.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke-13 pada 2008 dan 2013, wujud peningkatan berterusan untuk beberapa bulan ke arah tarikh PRU dan berterusan ke bulan-bulan berikutnya.

“Bagaimanapun, ini tidak ketara pada 2018 (yang diadakan pada 9 Mei, 2018),” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori