Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sepasang Kekasih Dalang Pecah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai menjadi dalang kepada 16...

3 Penjenayah Bersenjata Ditembak...

KUALA LUMPUR - Tiga daripada enam suspek bersenjata dipercayai terlibat dalam beberapa kes...

Penjawat Awam Diminta ‘Ikat...

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam diminta 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga...

Malaysia Anjur Maksak Asean...

IPOH - Malaysia akan menganjurkan kejohanan sukan perkhidmatan awam Asean yang pertama pada...

Trafik KL Keluar 327 Saman Pada Op Tutup Malam Tadi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 327 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan pemandu kereta pada Op Tutup yang dijalankan di beberapa lokasi bagi mengekang kegiatan samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Ahmad Adnan Basri berkata operasi khas bersepadu itu dijalankan dengan kekuatan 100 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Sebanyak 970 motosikal dan 138 kenderaan lain telah diperiksa dalam operasi itu yang bermula 10 malam dan berakhir pada 1 pagi,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Tutup di Jalan Raja Laut di sini.

Beliau yang mengetuai operasi itu, berkata tiga tangkapan turut dibuat atas kesalahan dadah dan alkohol.

Selain itu, Ahmad Adnan berkata pihaknya juga menahan seorang lelaki yang membawa tiga wanita Thailand di dalam kereta yang dipandunya.

“Siasatan lanjut dan ujian urin akan dijalankan ke atas lelaki terbabit manakala tiga wanita Thailand itu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk didokumentasi dan semakan,” katanya.


Ahmad Adnan berkata operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan tidak sihat oleh kumpulan ‘mat motor’ seperti berlumba sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata tumpuan adalah di kawasan Dataran Merdeka, Jalan Bukit Aman dan Jalan Raja Laut yang dikenal pasti sebagai lokasi panas kumpulan berkenaan terutamanya pada hujung minggu.

“Mereka semakin ghairah melakukan aksi berbahaya sekiranya ramai penonton pada sekitar 11 malam sehingga awal pagi. Operasi ini bagi mengekang kegiatan lumba haram daripada terus berleluasa di ibu negara,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

Kategori