Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gara-Gara Wajah Serupa, Lelaki...

KANSAS – Gara-gara berwajah sama, seorang lelaki terpaksa meringkuk selama 17 tahun di...

Pencipta Lampin Pakai Buang,...

PENCIPTA pertama produk lampin pakai buang, Valeri Hunter-Gordon disahkan telah meninggal dunia pada...

Pihak Fitnah TH Dikawal...

SEMENYIH - Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memfitnah Tabung Haji (TH)...

PAS N.Sembilan Bertanding Semua...

SEREMBAN – PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri...

TPM Umum Penubuhan Pusat Pengembangan B.Melayu

BEIJING – Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Pusat Pengembangan Bahasa Melayu di negara ini dalam usaha menjadikan bahasa itu bahasa antarabangsa dan dikembangkan ke seluruh dunia.

Beliau yang juta Timbalan perdana menteri berkata, pusat itu akan diwujudkan di Beijing Foreign Studies University (BFSU) di sini dengan universiti itu bertindak sebagai peneraju utama dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai urus setia bagi pihak kerajaan Malaysia.

“Usaha kerajaan (Malaysia) itu adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa itu sebagai lingua franca di peringkat antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Program Pengembangan Bahasa Melayu di BFSU, Selasa.

Muhyiddin berkata pertambahan jumlah universiti di negara ini yang menawarkan kursus bahasa Melayu telah memberi sumbangan besar kepada persefahaman yang wujud antara rakyat China-Malaysia serta melonjakkan nilai ekonomi bahasa itu.

Lonjakan yang cukup membanggakan ialah pertambahan jumlah universiti di negara ini yang menawarkan kursus ijazah bahasa Melayu, katanya.

Selain BFSU, kini terdapat tujuh buah universiti lain yang menawarkan kursus berkenaan di peringkat ijazah di negara ini, katanya.

Universiti berkenaan ialah Universiti Peking, Universiti Komunikasi China, Universiti Pengajian Asing Guangdong, Universiti Bangsa Guangxi, Universiti Bangsa Yunnan, Akademi Tentera Louyang dan yang terbaharu Universiti Pengajian Asing Tianjin.

Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan bahawa beberapa buah universiti di provinsi lain di China juga merancang untuk membuka program bahasa Melayu.

Beliau turut menghargai sumbangan Radio China Antarabangsa (CRI) melalui Bahagian Bahasa Melayunya kerana menjadi jambatan yang menghubungkan pelbagai pendengar di sebahagian dunia melalui siaran berbahasa Melayu yang interaktif sifatnya.

Kerajaan, katanya, akan meneruskan bantuan yang diberikan sejak 1996 seperti penghantaran pegawai bahasa oleh DBP ke beberapa buah universiti dan CRI.

Selain itu, pengiriman bahan rujukan dan bahan pengajaran serta program latihan tenaga pengajar bahasa Melayu di negara ini ke Malaysia, turut diteruskan.

BFSU, kata Muhyiddin, menawarkan kursus ijazah bahasa Melayu sejak 1961 dan telah melahirkan banyak pegawai diplomat, penyiar, pensyarah, wartawan, penterjemah dan guru untuk berkhidmat khususnya di negara-negara berbahasa Melayu.


Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di BFSU pada 2007.

Muhyiddin berkata jalinan kerjasama Malaysia-China dalam bidang pendidikan turut meliputi usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menghantar pelajar mengikuti kursus bahasa Mandarin di negara ini terutama di BFSU.

Turut hadir Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU Professor Wu Zong Yu dan Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Awang Sariyan.

Wu dalam ucapannya kemudian berkata bahasa Melayu penting dan tidak boleh diabaikan kerana ia digunakan oleh 300 juta penduduk.

“Saya percaya ia akan menjadi bahasa antarabangsa dan mempunyai pengaruh besar sejajar dengan perkembangan ekonomi negara-negara pengguna,” katanya.

Wu yang berkhidmat di Pusat Pengajian Melayu universiti itu sejak 1961 berkata beliau terharu dengan pengumuman Muhyiddin kerana ia merupakan cita-citanya untuk memperkembangkan bahasa Melayu.

Katanya dalam kalangan negara Asean – Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia – memang sudah menggunakan bahasa Melayu sementara Thailand, Kemboja dan Vietnam turut terdapat kaum Melayu.

Terdahulu Muhyiddin dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Presiden BFSU Professor Peng Long atas sumbangan pemimpin Malaysia itu dalam bidang pendidikan.

Timbalan perdana menteri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BFSU dan pemerintah China yang bermurah hati mengurniakannya ijazah kehormat itu.

“Saya dengan rendah hati menerima kurniaan tersebut dan menyambutnya sebagai tanda persahabatan antara dua buah negara sahabat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori