Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dituduh Tipu Berat Badan,...

TERNYATA keberanian seorang wanita ini telah mengejutkan serta membuat masyarakat bermulut 'longkang' yang...

Fathia Buat Hal Lagi,...

SEBELUM ini, pelakon Nur Fathia dikecam 'tidak bijak' oleh netizen kerana tersalah tafsir...

KKM Sahkan 14 Kes...

KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan sebanyak 14 lagi individu positif Covid-19 sehingga 12 tengah hari,...

2 Lelaki Ditahan, 300...

ARAU - Dua lelaki warga tempatan ditahan polis kerana cuba menyeludup 300 kilogram...

TPM Sertai Konvoi Motosikal PDRM Di Tanjung Karang

TANJONG KARANG – Ke arah menjayakan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengumpul dana kebajikan dan mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Berkumpul bersama-sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di Pekan Tanjong Karang di sini, Ahmad Zahid menyertai konvoi 70 anggota yang diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah ke pekan Sungai Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak.

Pekan Tanjong Karang adalah destinasi pertama konvoi yang berlepas dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur pagi tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menerima bagi pihak PDRM sumbangan RM134,000 yang dikumpul di kedua-dua destinasi konvoi berkenaan termasuk sumbangan peribadi daripada Noh, yang merupakan Anggota Parlimen Tanjong Karang, ahli politik, pihak swasta serta individu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dalam ucapannya berkata program kembara bermotosikal selama tiga hari itu yang bermula di Kuala Lumpur melibatkan empat negeri lain iaitu Selangor, Perak, Pahang dan berakhir di Negeri Sembilan.

Beliau berkata program berkenaan bertujuan menambah dana untuk kebajikan para pesara PDRM dan anggota keluarga mereka selain mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Selain itu, beliau berkata program itu juga bertujuan mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghargai anggota keselamatan yang telah berkorban untuk menjaga kemananan dan kesejahteraan negara.


Noh berkata beliau telah meluluskan peruntukan RM1.6 juta untuk membaiki kuarters polis Tanjong Karang sebagai menghargai segala jasa pasukan keselamatan itu.

“Kita perlu hargai jasa PDRM yang menjaga keselamatan dan keamanan negara. Pada masa sama saya merayu para pesara PDRM supaya terus beri sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan perdana menteri (Ahmad Zahid),” katanya.

TAWP adalah tabung amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui suratcara amanah pada 14 Sept 1992 dan beroperasi selaras dengan peruntukan Seksyen 37 Akta Pemegang Amanah 1949 yang diwujudkan untuk membantu pegawai serta anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka dalam hal-hal kebajikan. – BERNAMA

Kategori